Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suami Kantoi Bawa Perempuan Lain Masuk Bilik Tidur, Isteri Kecewa Dicurangi Semasa Sibuk Bekerja

Rumah tangga mana yang tak pernah diuji? Ujian dalam berumah tangga memang sudah menjadi lumrah kehidupan bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Pun begitu, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Suami isteri sepatutnya cuba berkomunikasi dan mempunyai toleransi agar masalah yang ada dapat diatasi, bukannya mencari orang baru.

Beberapa hari lepas tular sebuah rakaman CCTV di TikTok memaparkan seorang suami telah membawa wanita lain masuk ke dalam bilik tidur mereka tanpa pengetahuan isterinya.

Rakaman yang dimuat naik ke TikTok oleh Soraya tular dan mendapat perhatian ramai. Menurut Soraya, dia tidak menyangka suaminya itu akan bertindak sedemikian ketika dia sedang sibuk bekerja.

Wanita yang masuk ke dalam bilik tidur mereka dilihat seperti rapat dengan Soraya kerana menerusi perkongsian videonya ada dikatakan mereka berdua adalah orang yang dia sayang.

Soraya tidak menyangka perkara menyakitkan itu terjadi ke atas dirinya malah dia menangis ketika melihat kecurangan tersebut.

Di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Soraya. Malah ada juga yang menasihatkan untuk tidak sesekali membiarkan orang asing memasuki bilik tidur kerana ia adalah privasi bagi setiap pasangan suami isteri.

Video yang tular di laman TikTok

https://www.tiktok.com/@aturmulah/video/7106516114884005146

@aturmulah sakit banget 🙁 #fyp #fypシ #girlsupportgirls ♬ original sound – soraya

Kongsi artikel ini: