Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak Naik Dengan ‘Budak Misteri’ Di FunFair, Siap Berborak Sekali Sosok Tiba-Tiba ‘Hilang’

Bercakap tentang entiti misteri, pastinya kita sering lihat dimana ada sosok hitam, bayang-bayang yang aneh atau yang lebih ‘extreme’ terus tunjuk rupa sebenar yang agak menyeramkan.

Manakan tidak, hantu, syaitan, jin atau iblis mampu menjelma dengan pelbagai bentuk dan rupa bahkan mampu menjelma menyerupai sosok seseorang manusia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok yang juga seorang ibu menceritakan kisahnya mengenai kehadiran ‘budak misteri’ dalam satu rakaman video di sebuah funfair di Johor baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @rienarosnijbqueen, pada awalnya ada seorang budak lelaki yang duduk di sebelah anaknya.

Namun tiba-tiba kanak-kanak tersebut ‘lesap’ ketika permainan tersebut berpusing ke pusingan yang terakhir.

Dapat kita lihat di pusingan yang terakhir anaknya seolah-olah masih bersembang dengan seseorang di sebelahnya namun di dalam video, tiada sebarang kelibat yang berada di sebelah anaknya.


Tambah ibunya lagi, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu berkenaan, namun anaknya juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

“Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun… tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.

“Muiz cakap dia duduk dengan ‘abang’. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana ‘abang’ tu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat rakaman tersebut apatah lagi disaat budak lelaki itu tiba-tiba hilang namun anaknya masih lagi berbual seolah-olah budak lelaki itu masih ada.

Berikut merupakan komen warga maya:

“saya dah try pause stop tengok memang takde orang.. kaki pun takde kalau nak kata tunduk”

“first pusingan nampak berdua, bila tengok last pusingan sorang2”

“tak mungkin budak tu tunduk sebab siap stop kan masa tu, takde nampak baju ke apa benda”

“korang boleh tengok kat kaki takde pun budak tu”

“memang kosong la weh tempat duduk tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@rienarosnijbqueen sapa duduk sebelah MUIZ??? #ghost #scary #foryou #fypシ #tiktok ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@rienarosnijbqueen sye dah tanya MUIZ #muiz #funfair ♬ original sound – Riena Rosni JBQUEEN

Kongsi artikel ini: