Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk kahwin pasti rakan-rakan yang akan berasa lebih teruja dan gembira.

Namun siapa sangka di hari perkahwinan yang sepatutnya menjadi momen terindah bersama, akhirnya bertukar trajedi yang menyedihkan.

Pengantin lelaki cedera dilambung rakan-rakan di majlis perkahwinan

Seorang pemuda yang juga pengantin lelaki dilaporkan mengalami kecederaan yang parah iaitu patah tulang belakang kerana rakan-rakannya gagal menyambutnya selepas dilambung di dalam majlis perkahwinannya.

Detik-detik mencemaskan semasa kejadian tersebut berlaku di majlis berkenaan sempat dirakam.

Pengantin perempuan ketika itu dilihat sedang menari

Menerusi video tersebut, pengantin perempuan dilihat sedang menari sebelum kemalangan yang membabitkan suaminya bernama Liviu Filimon berlaku beberapa saat kemudian.

Insiden ini telah dilaporkan berlaku di majlis perkahwinan mereka yang diadakan di dewan acara Castello di resort Baile Felix, Romania.

Mereka hanya berfurau sebagai tanda meraikan pengantin

Pengantin perempuan itu sempat berpaling ke arah rakan-rakan suaminya semasa mereka sedang membaling suaminya iaitu Filimon ke udara dan cuba untuk menangkapnya semula.

Pada mulanya mereka hanya mahu bergurau sebagai tanda meraikan rakan mereka itu kerana telah menamatkan zaman bujang. Namun pada saat balingan kedua, mereka gagal menyambul Filimon semula.

Kepala pengantin terhempas ke lantai 

Kecuaian mereka itu telah menyebabkan pengantin lelaki itu terjatuh dan kepalanya terhempas ke lantai terlebih dahulu.

Oleh itu, pengantin perempuan yang melihat insiden itu lantas terkejut dan terus meluru ke arah suaminya sebelum video tersebut berakhir.

Menurut laporan, keadaan pengantin lelaki menjadi lebih buruk selepas rakan-rakannya bertindak mengangkat Filimon dan meletakkan di kerusi sebelum pasukan paramedik tiba.

Filimon alami masalah patah tulang belakang

Bukan itu sahaja, pengantin lelaki yang berasal dari daerah Bihor di barat laut negara itu, sedang dirawat di hospital dan menurut doktor yang merawatnya, Filimon dikhabarkan mengalami masalah patah tulang belakang di Emergency County Hospital di Orade.

Walau di timpa musibah sebegitu, majlis perkahwinan mereka tetap diteruskan dan dikendalikan dengan baik oleh pengantin perempuan serta kedua belah keluarga mereka.

Keadaanya bertambah baik

“Keadaannya bertambah baik. Dia telah dimasukkan ke wad neurosurgery dan minggu depan dia akan menjalani ujian lebih lanjut,” kata Doktor Lucia.

Lantaran dengan kejadian itu, Filimmon masih berbelah bahagi sama ada ingin mengfailkan saman terhadap rakan-rakannya atau tidak kerana kecederaan yang dialaminya itu sangat berat untuk ditanggung malah ia juga melibatkan nyawa.

Filimon masih tidak dapat menggerakkan kakinya

“Saya telah menghubungi seorang peguam, tetapi saya masih mempertimbangkan apa yang akan saya lakukan.”

Filimon juga dilaporkan stabil dan boleh menggerakkan tangan namun dia tidak dapat menggerakkan kakinya susulan daripada kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here