Di ambang sambutan tahun baru 2021 lalu, media sosial dikejutkan dengan satu peristiwa tragis menimpa seorang gadis jelita yang berasal dari Filipina.

Pada tanggal 1 Januari lalu ketika orang lain sedang asyik bergembira menyambut tahun baru bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, pramugari Christine Angelica Dacera ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi biliknya di hotel Makati City.

Menurut laporan Asia One, tujuannya berada di hotel tersebut adalah untuk menyambut tahun baharu bersama rakan-rakan sekerjanya dari ‘Philippines Airlines’ (PAL).

KEMTIAN DISEBABKAN ANEURISMA OTAK

Sebaik orang terdekat menyedari keadaan mangsa, gadis yang berusia 23 tahun itu diberi rawatan di klinik hotel. Namun begitu, jasadnya masih terkulai layu dan tidak memberi sebarang tindak balas.

Justeru itu, dia terus dikejarkan ke hospital ‘Makati Medical Center’ dan sebaik sahaja tiba, doktor mengesahkan kemtiannya akibat aneurisma otak.

Pihak polis ‘Makati City’ telah menjatuhkan tuduhan r*gol dan membnuh terhadap 11 lelaki yang bersama Dacera sewaktu sambutan tahun baru berkenaan.

BADAN PENUH CALAR BALAR

Menurut ketua polis yang mengendalikan kes Dacera, didapati sekitar tubuh mangsa dipenuhi dengan calar-balar dan ada sprma di alat sulitnya. Bukan itu sahaja, bahagian tangan dan kaki mangsa turut mempunyai kesan lebaam dan lukaa.

Tiga orang suspek telah berjaya ditahan manakala selebihnya masih belum ditemui. Kini, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 25 tahun hingga 29 tahun itu berada dalam tahanan polis.

SUSPEK MERUPAKAN KAWAN MANGSA

Tambah ketua polis terbabit, tiga suspek itu merupakan kawan mangsa dan selebihnya adalah orang yang tidak dikenali oleh mangsa.

Ibu Dacera, Sharon berasa kesal dan memberitahu pihak ‘GMA News’ bahawa dia sendiri membenarkan anaknya menghadiri sambutan itu kerana dia meletakkan kepercayaan kepada rakan-rakan sekerja anaknya.

“Anak saya seorang yang sangat baik, dia tidak berhak diperlakukan sebegitu,” luah Sharon tidak dapat menahan air mata.”

Menjengah ke laman sosial Instagram milik Decera, posting terakhir mangsa seakan-akan memberi bayangan dan memberitahu seluruh dunia akan pemergiannya buat selama-lamanya.

Sementara itu, pihak Philippines Airlines mengklasifikasikan kemtian Dacera sebagai tragedi dan mereka mengakui mangsa merupakan seorang ahli kru yang cemerlang dan profesional.

HARAP KEBENARAN AKAN TERBONGKAR

Syarikat itu menghulurkan sokongan terhadap ahli keluarga mangsa dan berharap agar kebenaran akan dibongkar dan keadilan akan berpihak kepada mereka.

Bukan itu sahaja, warganet turut menunjukkan sokongan penuh terhadap Dacera. Buktinya, ‘hashtag’ #JusticeforChristineDacera kini ‘trending’ di laman sosial Twitter seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Semoga tenang di sana, Christine Dacera. Harap kebenaran akan dibongkarkan dan kesemua pelaku kejam tersebut mendapat balasan yang setimpal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here