Pengumuman Harris Alif, 21 dan Intan Ladyana, 38 yang bakal berkahwin pada 6 Februari 2021 pastinya menjawab segala teka-teki peminat berkenaan hubungan pasangan tersebut.

Susulan daripada pengumuman itu, pihak Meletop telah berkesempatan menghubungi pasangan serasi ini untuk berkongsi lebih lanjut berkenaan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

HANYA MELANGSUNGKAN SECARA SEDERHANA

Dalam temu bual secara virtual itu, Harris dan Intan memaklumkan majlis perkahwinan mereka nanti berlangsung secara sederhana sahaja memandangkan keadaan sekarang yang agak membimbangkan berikutan pandemik yang melanda.

Walaupun berbeza usia 17 tahun, hal ini bukanlah masalah buat mereka kerana Harris menunjukkan sikap yang sangat matang dengan segera menyunting Intan Ladyana selepas beberapa bulan berkenalan dengan merisik wanita itu.

Mereka juga tidak mengadakan majlis pertunangan dan terus akan melakukan majlis penikahan sahaja, diikuti majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak.

JANJI TAK KEBAS LAKI ORANG

Justeru itu, pasangan ini telah mendapat perhatian warganet dan sebahagian besar memuji Intan kerana masih memilih lelaki bujang walaupun berbeza usia yang agak ketara daripada mengambil suami orang.

Mereka juga tidak menyangka Harris baru berumur 22 tahun namun kelihatan sangat matang daripada usia sebenarnya. Mereka terlihat sangat sepadan dan langsung tidak menunjukkan perbezaan usia yang ketara.

DAPAT TAJAAN RM13.5 JUTA

Perkahwinan pasangan selebriti ini nanti akan ditaja oleh jenama barang kemas Ceres bernilai RM13.5 juta merangkumi empat majlis iaitu malam berinai, majlis pernikahan, majis resepsi serta majlis bertandang.

Selain daripada itu, Harris dan Intan turut mendapat tajaan busana daripada beberapa designer selebriti terkenal yang akan mereka gayakan ketika majlis-majlis tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here