Pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson tidak mahu melayan kecaman netizen di Instagram selepas dia memuat naik posting mengenakan gaun berwarna putih yang menampakkan sebahagian bahunya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, gaun tersebut dipakai olehnya sebagai wajah dan ikon produk ketika melancarkan sebuah produk bersama pelakon kacak, Keith Foo yang merupakan duta.

GAUN MASIH BERLAPIK
“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.
“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakan kerana ia mengikut tema majlis.
“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” kata pelakon berusia 38 tahun itu.

HARAP NETIZEN LEBIH MATANG DALAM MEMBERI KOMEN

Malah, dia yang pernah tampil berpurdah sebelum ini berharap netizen matang apabila memberi komen atau pandangan terutama hal berkaitan dengan kerjayanya.

“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.
“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” ujarnya.

1 COMMENT

  1. Kalau nak tutup aurat tu ikutlah cara yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jangan buat separuh jalan ikut sesuka hati, jadi cemuhan orang ramai dan mendatangkan fitnah. Tak ada faedahnya. Orang pun tak akan hormat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here