Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof hangat diperkatakan oleh warganet apabila pasangan pelakon itu sudah hampir tiga bulan tidak tinggal bersama.
Baru-baru ini, pelakon berusia 35 tahun itu mengakui sudah menemui jalan penyelesaian selain memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Puteri Sarah sentiasa bersyukur kerana ujian membawa lebih banyak rezeki buat dirinya dan dua cahaya mata dengan menandatangani pelbagai kontrak untuk menjadi duta produk.
Malah, pelakon telefilem Takbir Dari Belantara itu juga mula menyertai kelas usrah kerana ingin mendalami ilmu agama sekali gus menjadikan dirinya insan yang lebih baik.
Saya juga cuba ubah hidup menjadi lebih positif, bahagia dan tenang. Sebaik-baiknya, saya baiki diri terlebih dahulu barulah boleh betulkan orang lain,” ujarnya.
Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga suaminya yang juga pengarah filem pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Sumayyah.