Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Seperti yang umum tahu, kes positif wabak Covid-19 kini mempunyai banyak kluster baru dan hari demi hari makin bertambah angka positif. Jadi, kawalan ketat dijalankan bagi memastikan semua mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Banyak kluster baru di Lembah Klang berpunca daripada kluster yang baru pulang dari negeri Sabah lagi lagi apabila baru sahaja pilihan raya negeri tersebut.
Kluster yang pulang daripada negeri Sabah kebanyakkannya akan disaring di lapangan terbang sejurus mendarat di semenanjung Malaysia. Pada pagi ini, Menteri Kesihatan Datuk Sri Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengambil peluang untuk meninjau proses saringan di KLIA.
Proses saringan tersebut dilakukan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada semua individu yang tiba dari Sabah.
Beberapa keping gambar yang telah dikongsi oleh akaun Malaysia Airports di Twitter menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Dr Adham dan Dr Noor Hisham bagi memastikan semua Langkah dan prosedur berjalan dengan lancar.
Selain itu, KKM juga turut menambahkan kakitangan yang bertugas di KLIA bagi memastikan proses ujian saringan itu dapat mengekang penularan wabak pandemik ini.
Hal ini adalah disebabkan kerajaan telah mewajibkan semua individu yang tiba daripada Sabah di pintu masuk domestic ataupun penerbangan antarabangsa wajib melakukan saringan bermula semalam sehingga 10 Oktober ini.
Dalam masa sama, individu tersebut juga akan dipakaikan gelang kuarantin berwarna pink serta diwajibkan menjalani peritah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Pelbagai usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan demi memastikan penularan wabak pandemik ini dapat dikurangkan, jadi setiap individu mestilah mempunyai tanggungjawab terdapat diri sendiri dan masyarakat sekeliling demi kesihatan sejagat.