Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bahtera rumah tangga yang dibina mestilah dilayari dengan keikhlasan kedua belah pihak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kedua belah pihak mestilah memainkan peranan yang sama kearah kebahagian.
Namun begitu, seakan sudah menjadi fenomena bagi pasangan yang baru berkahwin berpisah sebelum mencapai tempoh matang perkahwinan iaitu sekurangnya 5 tahun.
Lain pula desas desus yang terjadi kepada pasangan selebriti Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah yang sudah 6 tahun membina masjid. Baru baru ini Puteri Sarah didakwa telah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Meskipun begitu, namun tiada pengesahan daripada mereka berdua mengenai kisah rumah tangga. dalam masa yang sama, Puteri Sarah kelihatan sangat aktif di Instagram miliknya dengan memuat naik story berbau nasihat kearah rumah tangga.
Hal ini seolah memberi gambaran bahawa mereka mempunyai masalah rumahtangga. Story yang telah dimuat naik itu dikatakan hanya nasihat untuk diri sendiri.
Terdahulu, Puteri Sarah pernah memuat naik satu posting dengan kapsyen agar tahun 2021 akan datang dapat memberi kebahagiaan buat dirinya dan anak anaknya. Menurut Sarah, dia berharap agar dapat menuju kearah kehidupan yang lebih baik.
Puteri Sarah juga pernah berkongsi mengenai ego hasil nukilan daripada pakar motivasi yang terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad.
Terdahulu Puteri Sarah dikhabarkan memakai jubah serba hitam dan hadir ke Pejabat Agama Islam Bersama wanita yang didakwa sebagai ibu mentuanya masuk ke bahagian undang-undang keluarga.
Dalam masa yang sama, Puteri Sarah dilihat tidak lagi mengikuti suaminya di media sosial. malah gambar terakhir Bersama yang di muat naik adalah November tahun lalu malah Syamsul memuat naik gambar Bersama terakhir pada Mei lalu.
Apa pun yang berlaku, penulis berharap agar kedua belah pihak dapat memainkan peranan masing masing demi menyelesaikan masalah yang timbul.