Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sudah tentu kehidupan peribadi selebriti terkenal seperti Neelofa sering kali menjadi perhatian ramai terutamanya di media sosial. Neelofa merupakan salah satu selebriti yang sangat aktif medial sosial seperti Instagram dan juga Twitter.
Platform itu digunakan bukan sahaja untuk hal perniagaan namun sering kali berkongsi berkaitan dengan perihal keluarganya. Terbaru, adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya.
Pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre itu kelihatan dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga teman istimewa. Kehadiran Pencetus Ummah (PU) Riz ke majlis tersebut dengan mengenakan baju melayu sedondon dengan keluarga Neelofa mengundang tanda tanya buat para peminat.
PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail kelihatan begitu mesra dengan ahli keluarga yang lain dan tona baju mereka menampakkan mereka seolah sebuah keluarga.
Kehadiran PU Riz di majlis tersebut dapat dihidu menerusi posting yang dimuat naik oleh teman rapat dan juga ahli keluarga Neelofa sewaktu berlangsungnya majlis pernikahan itu.
Menerusi posting yang dibuat oleh kakak Neelofa, Noor Nabila di story Instagram menampakkan Neelofa sedang rancak berborak dengan PU Riz. Di samping itu dia juga telak meletakkan emoji berbentuk hati.
Menerusi posting di akaun Instagram lofa.page pelbagai respond daripada para peminat yang mendoakan agar ada jodoh diantara mereka berdua. Menurut peminat lagi Neelofa dan PU Riz kelihatan sepadan kerana keduanya bagai pinang dibelah dua.
Peminat Neelofa mendoakan agar bakal suami Neelofa dapat membimbingnya kearah yang lebih baik kerana Neelofa merupakan satu selebriti yang idolakan oleh ramai peminat tak kira perigkat umur.
Namun begitu belum ada sebarang penjelasan mengenai kehadiran PU Riz di majlis keraian keluarga Neelofa daripada tuan badan sendiri.