Tempoh awal perkahwinan amatlah sukar bagi sesetengah pasangan yang belum matang untuk berkongsi hidup dan bertoleransi sesama lain. Jadi tidak hairanlah ramai yang berpisah walaupun hanya setahun jagung hidup bersama.

Seperti umum tahu, selebriti yang sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi Sharifah Sakinah telah pun berpisah dengan bekas suami yang merupakan seorang juruterbang, Aliff Adha pada Mei yang lalu.

BARU LEPAS EDAH, SUDAH ADA PENGGANTI

Walaupun hanya baru 4 bulan berpisah dengan bekas suami, Sharifah Sakinah telah memberitahu umum bahawa dia kini senang mengenali hati budi seorang jejaka inggeris yang 10 tahun lebih matang daripadanya.

Menurut Sakinah, dia dan buah hati berkenalan di salah satu pusat gym yang sering diawati olehnya. Katanya lagi, setelah habis tempoh edah, dia sedang bahagia mengenali jejaka mat saleh ini.

Terbaru, satu gambar oleh seorang jurugambar telah tular di media sosial. gambar berwarna hitam putih itu memaparkan seorang jejaka mat saleh sedang memeluk seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya.

Tetapi yang lebih menyakinkan adalah, gambar itu telah ditag nama Sharifah Sakinah dengan membuat kapsyen akan datang sesi fotografi Sakinah dan Michael.

Namun begitu, gambar tersebut telah menyatakan dengan jelas bahawa jejaka  inggeris yang telah ditular oleh media itu merupakan lelaki Swedish.

BAHAGIA DENGAN HIDUP SEKARANG, ENGGAN RUJUK

Menurut Sakinah, dia tidak mahu membuat keputusan untuk rujuk Kembali dengan bekas suaminya kerana dia ingin memberi perhatian kepada anak perempuannya dan juga penyakit ADHD yang dihadapi itu.

Dia juga menegaskan bahawa dia lebih gembira dengan kehidupan dia hari ini dan ingin meneruskan hidup tanpa perlu membebankan bekas suaminya itu.

Tidak hairanlah Sakinah tak mahu rujuk kembali kerana dia sudah bertemu pengganti yang lebih berpengalaman dan lebih matang daripadanya.

Penulis berharap agar Sakinah berjumpa dengan jodoh yang boleh membimbingnya kearah kebaikan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here