Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suami OKU Tak Dapat Tahan Sebak Lihat Jasad Isteri Kaku Selepas Digiliis Treler

Saban hari kes melibatkan kemlangan jalan raya di negara semakin bertambah. Pelbagai faktor yang menjadi punca keadaan ini terus berlanjutan.

Antara yang sering menjadi pertikaian ramai adalah kecuaian pengguna jalan raya lain sehingga mengundang kepada bahaya orang ramai.

SUAMI OKU TAK DAPAT TAHAN RASA SEBAK MELIHAT JASAD KAKU ISTERI

Terbaru, seorang suami dilihat luluh apabila setelah mendapati isteri terbaring kaku, tidak bernyawa selepas terlibat dengan kemlangan jalan raya pada tengahari tadi. Difahamkan mangsa telah digiilis oleh sebuah treler.

Kemlangan yang berlaku di Jalan Sungai Ular, Kulim berkenaan telah mengundang seribu satu rasa pada ahli keluarga.

Si suami, Ahmad Norrizman Ahmad Termizi merupakan seorang kelainan upaya, bisu tidak dapat menahan rasa sedih ketika berada di sisi jenanzah isteri, Nur Almass Zasmi, yang juga bisu.

BARU SAHAJA SAMBUT CAHAYA MATA SULUNG

Kedua mereka baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung, seorang bayi perempuan pada tujuh bulan yang lalu setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Norizzman yang kebetulan lalu di kawasan kemlangan seolah tidak percaya di mana jasad terbaring di atas jalan raya merupakan insan tercinta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu punca kemlangan dipercayai penunggang motosikal hilang kawalan lalu terbabas sebelum dia terjatuh ke bawah treler.

MANGSA MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN

Secara tidak langsung, pemandu treler tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan dan mangsa digiilis di bahagian belakang kenderaan. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian.

Jenanzah turut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim sebagai sebahagian daripada proses bedah siasat.

Suka penulis ingatkan bahawa kecelakaan berlaku tanpa diduga. Biar pun kita sudah pun waspada namun disebabkan kecuaian orang lain, risiko tetap sama. Semoga pengguna jalan raya yang lain sentiasa berhati-hati dan jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Kongsi artikel ini: