Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Keclakaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Biar pun kita sudah pun berhati-hati namun kecuaian orang lain mampu menjadikan diri kita sebagai mangsa keadaan. Oleh demikian, kekal beringat dan berada dalam keadaan fokus ketika di atas jalan raya.
Baru semalam melihat pengacara terkenal iaitu Ahmad Fedtri Yahya yang sedang bertugas secara langsung bagi bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2020, namun khabar duka buat pengacara berkenaan pada hai ini.
Difahamkan Fedtri telah terlibat dengan kemlangan dan telah mengakibatkan banyak kecderaan di kawasan muka. Berita tersebut dimaklumkan oleh isteri Fedtri melalui hantaran di laman Instagram pada beberapa jam yang lalu.
Sehubungan dengan itu, dia memohon jasa semua pihak agar mendoakan keadaan suaminya bertambah baik dan kembali sembuh seperti sedia kala.
Sudah pasti ramai yang terkejut bila mendengar perkhabaran tersebut. Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis dan juga warganet meninggalkan komen kata-kata semangat dan berdoa agar Fedtri Yahya diberi kesihatan yang baik kelak.
Mereka juga mengharapkan kemlangan tersebut tidak meninggalkan apa-apa kesan yang serius dan dapat kembali bertugas seperti kebiasaannya.
Sehingga kini, tiada maklumat lanjut dapat disahkan mengenai punca dan bagaimana kemlangan yang membabitkan pengacara berkenaan.
Apa pun jadikan ianya sebagai hikmah. Allah berikan sedikit kesakitan kepada hambaNya untuk kita sentiasa sujud mengingatiNya.