Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jumpa Pengganti Hati Yg Lebih Berpengalaman, Sharifah Sakinah Pilih Cinta Mat Saleh

Alam perkahwinan merupakan satu tempoh yang sangat sukar berikutan perkongsian hidup dengan individu yang belum pasti kita akan faham sikap sebenar mereka. oleh yang demikian, kajian ada menyatakan bahawa 5 tahun merupakan satu tempoh matang bagi sesebuah rumah tangga.

Jadi tidak hairan lah rumah tangga huru hara ketika tempoh tersebut kerana masing-masing menegakkan pendirian sendiri tanpa memikirkan keadaan pasangan.

Bercerita perihal rumah tangga, umum sudah pun sedia maklum mengenai perkahwinan antara Sharifah Sakinah dengan seorang juruterbang, Aliff Adha yang akhirnya menemui kegagalan. Mereka disahkan bercrai pada Mei lepas selepas 5 tahun berkongsi hidup.

SAKINAH SEDANG BERCINTA DENGAN JEJAKA MAT SALEH

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Sakinah yang enggan merahsiakan status hubungan mereka. Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang sering mengundang kontroversi mendedahkan bahawa hatinya kini sudah pun menemui pengganti.

Enggan berahsia, Sakinah memberitahu yang dia kini sedang dalam tempoh mengenal hati budi dengan seorang jejaka mat saleh. Mereka berkenalan ketika bertemu di pusat senaman dan pada ketika itu dia baru sahaja tamat tempoh edah.

10 TAHUN LEBIH TUA, BAIK PULA ORANGNYA

Menurut Sakinah, jejaka mat saleh yang berjaya mencuri hatinya itu berusia 10 tahun lebih tua darinya.

“Sekarang gembira. Saya seorang transparent. Kalau betul mengaku jelah. Yelah. Satu hari jadi yang sama. 10 tahun beza umur. Selepas habis edah kami berkenalan di pusat senaman. Rezeki, baik pulak tu.” Memetik kenyataan Sakinah pada Astro Gempak.

Dapat dilihat yang jejaka tersebut tampil menemani pelakon berkenaan ketika dia hadir di majlis Grand Finale Wholly Fitz di DoubleTree, Hilton, Kuala Lumpur.

ENGGAN RUJUK DENGAN BEKAS SUAMI

Mengenai perkahwinan terdahulu, Sakinah ada menyuarakan yang dia tidak akan merujuk kembali kepada bekas suami kerana ingin memberi tumpuan pada anak perempuan tunggal dan juga masalah diri.

Menurut Sakinah, dia memerlukan ruang untuk membetulkan masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang sedang dialaminya.

Sama-sama kita doakan agar pelakon berkenaan menemui kebahagiaan hidup dengan pasangan baru.

Kongsi artikel ini: