Nama penyanyi kelahiran Singapura, iaitu Aliff Aziz tidak lekang di bibir peminat. Pelbagai episod kisah kehidupannya menjadi perhatian peminat sejak dari isu curangg, bercrai dan kemudian rujuk semula bersama isteri tercinta, Bella Astillah.

Rentetan dari kisah tersebut, pelbagai tomahan dilemparkan kepada penyanyi berkenaan yang disifatkan sebagai tidak mengambil pengajaran serta tidak menghargai kesetiaan isteri.

ALIFF AZIZ DIPNJARA

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi berkenaan dijatuhkan hukuman pnjara selama dua minggu dan denda berjumlah RM1,500 hari ini oleh Mahkamah Negara Singapura. Dia didapati bersalah kerana mencurii dan juga berkelakuan tidak senonoh ketika berada di khalayak ramai pada tahun lepas.

Hukuman ini dijatuhkan setelah meneliti pengakuan yang dibuat oleh Aliff pada 7 Ogos lalu yang mengaku bersalah di atas dua pertuduhan. Difahamkan Aliff didakwa telah mencurii wang sebanyak RM900 dan RM285 daripada seorang rakan artis dan ahli politik dari Indonesia.

KEADAAN TERDESAK UNTUK MAKAN DAN PENGANGKUTAN

Menurut Aliff, dia terpaksa berbuat sedemikian kerana terdesak dan sangat memerlukan wang pada ketika itu. Dia kemudiannya menggunakan wang tunai tersebut hanya untuk membeli makanan dan juga tambang pengangkutan.

Bagi pertuduhan kedua iaitu berkelakuan tidak senonoh, Aliff Aziz telah menjerit dan menunjukkan isyarat l*cah ketika di tempat awam, kawasan Orchard Road. Semasa kejadian dia berada dalam keadaan mbuk dan tidak sedar dengan tindakan yang dilakukan.

TIDAK SEDAR GARA-GARA MBUK

Pada ketika itu juga, Aliff diarahkan agar bertenang supaya pegelutan dapat dileraikan. Namun dia berdegil, enggan memberi kerjasama sehingga lah berlakunya kekcohan.

Secara keseluruhan, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan itu adalah hukuman bagi kisah lalu Aliff Aziz. Isterinya, Bella pernah mengatakan agar Aliff patut diberi peluang dan kini dia dalam proses membaiki segala kelemahan diri.

Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here