Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ulang tahun kelahiran antara perkara yang paling sensitif bagi kaum wanita. Jika pasangan lupa soal tarikh tersebut mungkin boleh menyebabkan haru biru seketika. Bukan hadiah yang menjadi pertikaian tetapi tanda ingatan yang sering menjadi perhatian.
Bercerita mengenai ulang tahun kelahiran, pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu telah membuat kejutan istimewa kepada isteri tercinta, Siti Sarah malam semalam dengan menghadiahkan seutas jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.
Mengulas mengenai hadiah yang diterima, Siti Sarah mengakui bahawa jam berjenama Rolex tersebut merupakan antara hadiah yang paling mahal yang pernah diberikan oleh Shuib sepanjang perkahwinan mereka.
Sebelum ini Siti Sarah tidak suka memakai aksesori pada tangan. Justeru dengan hadiah yang diterimanya itu, dia akur dan perlu belajar untuk menyarung jam ke tangannya bila ingin melaram kelak.
Bertanya mengenai hadiah mewah yang diberikan, Shuib memberitahu ianya adalah sebagai ganjaran kepada orang tersayang bersempena perniagaan yang mereka usahakan semakin membuahkan hasil saban hari.
Biar pun begitu, khabar kurang enak pula daripada netizen berikutan tahu perkara tersebut. Mereka mula menyelar kembali isu artis yang meminta bantuan kerajaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan terdahulu.
Jelas mereka, artis Malaysia suka membazir dan juga melakukan perkara sia-sia sehinggakan membeli barangan yang bersifat terlalu mahal.
Apa pun bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Bagi penulis apa salahnya dah kalua tuan badan mampu membahagiakan isteri dengan cara sedemikian.