Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bapa “Mowgli Malaysia” Tak Dpt Tahan Rasa Sebak! Ibu Kerbau Masih Susukan Anak Turut Jd Mangsa

Dewasa kini, jarang kita dengar kisah anak muda sukakan kerja kampung terutama membabitkan urusan haiwan ternakan. Walhal ianya mampu menjamin kehidupan yang lebih baik dan mendapat sambutan yang tinggi.

Mereka lebih cenderung meninggalkan kampung halaman dan mencari rezeki di ibu kota meskipun sudah tahu kos sara hidup yang tinggi. Namun berbeza dengan seorang remaja yang sejak dari kecil kisahnya terkenal dengan suka pada kerbau, iaitu Syukor Khamis.

HAMPIR 40 EKOR KERBAU MTI MENGEJUT

Gambarnya menjadi perhatian dunia sehingga digelar sebagai “Mowgli Malaysia” berikutan aksinya yang sangat natural dan bersahaja bermain bersama kerbau-kerbau peliharaan. Walau bagaimanapun khabar duka menjengah Syukor dan keluarga apabila difahamkan hampir 40 ekor kerbau yang menjadi temannya mti gara-gara wabak Hawar Berdarah.

Perkara tersebut ada dikongsikan Syukor sendiri menerusi laman Instagramnya pagi tadi apabila bilangan kerbau yang mti bertambah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 41 ekor setakat hari ini.

SEDIH MELIHAT ANAK KERBAU TERPINGA-PINGA CARI IBU

Tidak dapat menahan rasa sebak, bapanya iaitu Khamis Jusoh meluahkan rasa sedih apabila melihat ibu kerbau yang masih lagi menyusukan anak turut menjadi mangsa.

“Sedih melihat ibu kerbau yang baru melahirkan anak sebulan lalu mti pagi ini. Menitis air mata saya tengok anak kerbau terpinga-pinga melihat ibunya tidak bernyawa.”
“Saya buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan kerbau yang masih hidup dan mempunyai tanda-tanda penyakit itu.”

Bagi mengelakkan kerbau lain turut dijangkiti, Khamis mengambil inisiatif mengasingkan kerbau yang tidak dijangkiti ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelakkan perkara sama berulang.

KERBAU KESAYANGAN MASIH LAGI SELAMAT

Menurut Syukor, sehingga saat ini kerbau kesayangnya masih lagi berada dalam keadaan baik dan berharap sangat tidak dijangkiti wabak berkenaan.

“Lima kerbau mengalami simptom hawar berdarah (HS) seperti termenung, selesema dan lesu dan sedang menunggu untuk mti.”
“Setakat ini kerbau kesayangan saya iaitu Tongkol, Baba, Semek dan Along masih tidak punyai tanda penyakit itu. Kerbau itu saya sudah alihkan 30 meter dari kandang utama dengan harapan kerbau itu dapat diselamatkan.”
MOHON DOA ORANG RAMAI

Pada pagi tadi, rancangan radio pagi terkenal, Hot FM ada menemu bual Syukor bertanyakan keadaan semasa haiwan peliharaan mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keadaan saki baki kerbau peliharaan.

Apa pun semoga keadaan kerbau Syukor bertambah baik dan menemui penawarnya kelak.

Kongsi artikel ini: