Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Balik Kampung, Foto Anak-Anak Sidek Warna Sendiri Wajah Mural Depan Rumah Curi Tumpuan

Sukan badminton antara sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Sebut sahaja nama pemain Malaysia, sudah pasti ramai yang mula gerun. Sejak berkurun lama, negara kita Berjaya melahirkan ramai jagoan dunia.

Antara pemain yang masih menjadi idola ramai adalah anak-anak sidek. Kehebatan mereka tidak perlu disangkal lagi sehinggakan kisah kehidupan diadaptasi ke dalam bentuk komik dan juga kartun. Antara kejayaan manis yang pernah dicapai mereka apabila Berjaya menjulang Piala Thomas pada tahun 1992.

ANAK-ANAK SIDEK PULANG KE KAMPUNG

Kejayaan mereka bukan berakhir sampai di situ sahaja, lihat kini mereka berkhidmat pada negara dengan berkongsi pengalaman dengan pemain muda terutama Datuk Misbun (Bun), Dato’ Razif (Ajib), Datuk Jailani (Alan), Abdul Rahman (Aman) dan Abdul Rashid (Adul).

Bagi mereka yang tidak tahu, keluarga Sidek adalah berasal dari Banting, Selangor. Susulan kejayaan keluarga mereka mencipta nama dalam sukan badminton, rumah mereka di Banting telah menjadi kawasan tarikan ramai.

WARNA SENDIRI MURAL WAJAH

Dalam perkembangan semasa, tular momen anak-anak Sidek ini kembali ke kampong halaman dan paling mengujakan apabila masing-masing mewarnai sendiri mural wajah mereka di halaman rumah.

Hal tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter Info Kuala Langat dan secara tidak langsung telah mencuri tumpuan orang ramai terhadap keluarga tersebut. Ramai meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi mereka.

NETIZEN TURUT TERUJA

Sejak ianya dimuat naik ke Twitter, gambar-gambar tersebut telah berjaya memperoleh ribuan tanda suka dan perkongsian semula daripada warganet. Mereka meluahkan rasa teruja melihat karakter animasi wajah idola badminton itu di dinding dan diwarnakan sendiri oleh lagenda-lagenda tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Rashid Sidek turut berkongsi momen tersebut di Instagram rasminya sebagai tanda kenangan.

Semoga negara kita mampu melahirkan pelapis badminton setanding dengan bakat anak-anak Sidek di masa hadapan.

Kongsi artikel ini: