Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sibuk Dgn Meeting, “Abah” Sempat Luangkan Masa Jumpa Rakyat Melaka! Siap Beli Dodol

Masalah rakyat sering kali menjadi keutamaan Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kan ramai yang selesa menggelarkannya dengan panggilan “abah”. Lihat sahaja pentadbiran Negara Malaysia di bawah pimpinan beliau sejak penularan pandemik, segalanya dilihat terkawal dan rakyat dilihat terbela.

MUHYIDDIN MELUANGKAN MASA MELAWAT KEADAAN MELAKA

Dilaporkan hari ini Perdana Menteri sempat meluangkan masa, beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pahlawan Walk di Bandar Hilir, Melaka.

Tan Sri Muhyiddin yang tiba kira-kira jam 1 tengah hari tadi selepas beliau selesai mempengerusikan satu Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sebuah hotel di negeri berkenaan.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan, ianya turut disertai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Menteri Kewangan Negara, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebagai rekod, Pahlawan Walk merupakan satu pusat perniagaan terkenal dalam kalangan pengunjung dalam dan luar Negara, yang mana ianya menempatkan peniaga barangan kraf, cenderamata dan makanan tradisional untuk negeri Melaka bagi mereka yang berminat.

SEMPAT SINGGAH BELI DODOL

Sewaktu melawat, PM turut diiringi Ketua Menteri Melaka, iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Mereka dilihat sempat membeli dodol di salah sebuah gerai jualan serta makan tengah hari dengan menu terkenal negeri berkenaan, iaitu asam pedas Melaka.

Kunjungan Muhyiddin ke Melaka ini merupakan pertama kali sejak memegang tampuk pemerintahan bermula 1 Mac yang lalu.

DEKAT DENGAN HATI RAKYAT

Memberi reaksi kepada lawatan yang dilakukan, seorang pengunjung dari Kuantan, iaitu Robiah Ismail yang turut berkunjung ke negeri Melaka menzahirkan rasa teruja sempat bertemu perdana menteri.

“Perdana Menteri amat ramah orangnya, dekat dengan hati rakyat,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, kunjungan itu juga memberikan pengalaman istimewa kepada seorang pekerja di sebuah gerai, Che Amirul Ashraf Che Mohd Azmi selepas perdana menteri membeli dodol durian dan asli di gerainya.

Konklusinya, gelaran “abah” sangat lah sesuai diberikan kepada PM dengan cara pemerintahan yang ditunjukkan. Semoga ianya terus berkekalan dan berjaya memimpin Negara baik kelak.

Kongsi artikel ini: