Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah hidup balu Abam Bocey iaitu Nor Hidayah sering kali menarik perhatian ramai. Semenjak pemergian suami, pelbagai kisah kurang baik terpalit Hidayah dan juga keluarga mertua.
Pelbagai perkara yang mula dibualkan ramai bermula dari dirinya yang disifatkan tidak sedih kehilangan suami sehingga lah timbul perebutan harta peninggalan arwah. Sudah pasti perkara sedemikian memberi impak kepada anaknya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Setelah melalui pelbagai episod terutama pembahagian harta melalui tuntutan faraid, akhirnya isu tersebut sudah pun diselesaikan pada Khamis lepas. Melihat kepada perkembangan semasa Hidayah, dia sempat membawa anak kesayangan bersiar-siar melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi laman Instagram, ibu berusia 28 tahun berkenaan memuat naik video di mana Hamzah yang berusia setahun dua bulan itu sungguh seronok menikmati pemandangan di ibu kota.
View this post on Instagram
Memandangkan sebelum ini Hidayah terlalu sibuk dengan urusan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan, maka ini adalah masa yang sangat sesuai untuk dia dan Hamzah mencuri sedikit waktu bagi melepaskan tekanan yang dihadapi.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka meninggalkan komen memuji kecomelan Hamzah yang kini sudah pun mulai pandai berjalan.
Dalam pada masa yang sama, mereka sempat menitipkan kata-kata semangat buat ibu tunggal tersebut agar terus kuat dalam membesarkan anak seorang diri tanpa suami di sisi.
Kesimpulannya, bukan mudah bergelar sebagai ibu tunggal. Pelbagai perkara yang perlu mereka perjuangkan terutama soal isi hati yang memerlukan semangat yang sangat tinggi.