Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rela Buat Konsert Dari Majlis Tahlil Utk Arwah Sandra! Stesen TV Kena “Hembur” Dgn Netizen

Beberapa hari lalu, industri hiburan dan juga peminat dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi berbakat besar, Alessandra Dianne Ampuria. Sandra yang sebelum ini terbabit dalam kemlangan jalan raya bertarung nyawa selama 6 hari dan berada dalam kritikal di Hospital Putrajaya.

Dalam mengingati perjalanan arwah dalam kegiatan seninya dan juga selama penyertaan program Big Stage, konsert tribute #SandraDalamKenangan telah pun diadakan malam tadi.

Konsert tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh hiba dan pilu di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

LEBIH BAIK BUAT MAJLIS TAHLIL DARIPADA BUAT KONSERT

Biar pun begitu, usaha dari pihak produksi yang cuba menjayakan program sedemikian secara langsung di kaca televisyen dilihat tidak disenangi penonton.

Melihat kepada pandangan netizen, mereka berpendapat bahawa pihak stesen TV sepatutnya mengadakan majlis tahlil berbanding menyiarkan program berunsur hiburan nyanyian kepada arwah.

Memandangkan arwah Sandra baru sahaja “pergi” pada Jumaat lalu. Sudah pasti hal sedemikian tidak elok atau pun kurang manis dari sudut agama Islam.

TERLALU TERIKUT DENGAN BUDAYA BARAT

Meninjau reaksi warganet, rata-rata menyuarakan pendapat yang tidak selesa berkaitan konsert #SandraDalamKenangan itu. Malah ada yang mendakwa program sedemikian tiada beza dengan budaya barat.

“Pihak Astro, tak perlu pon buat tribute ni. Tak sensitif, nak main air mata rakyat Malaysia ke? Sorry Astro aku tak sedih langsung, aku marah ni. Ko tengok la sendiri Big Stage tak trending pon dekat Twitter malam ni.” Luah salah seorang peminat.

Ada juga yang berpendapat bahawa tribute yang diakan seolah-olah tidak menghormati keluarga arwah yang masih lagi dalam keadaan berduka dengan kehilangan ahli keluarga tersayang.

CARA TERBAIK UNTUK MENGINGATI KEBAIKAN ARWAH

Walau bagaimanapun, tidak semua yang melihat dari sudut kurang baik. Ada juga netizen yang tampil positif dimana itulah cara terbaik untuk ‘bercerita’ mengenai kebaikan yang pernah arwah lakukan sepanjang hayatnya.

Apa pun yang pergi tetap pergi. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah Sandra dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kongsi artikel ini: