Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Khabar Duka Industri Seni! Pelakon Veteran, Idris Md Diah “Pergi” Menghadap Illahi

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mti. Kita yang masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini boleh diibaratkan seperti sedang beratur menunggu giliran untuk bertemu Sang Pencipta.

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar pemergian rakan artis. Terdahulu kisah penyanyi dan juga peserta program Big Stage iaitu Sandra yang “pergi” selepas 6 hari berjuang dengan koma.

IDRIS MD DIAH MENIGGAL DUNIA

Pada hari ini, industri seni sekali lagi dikejutkan dengan berita duka apabila dikhabarkan pelakon veteran yang cukup disegani ramai, iaitu Idris Md Diah yang dilaporkan meniggal dunia ketika berada di kediamannya di Putrajaya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi satu hantaran di laman Facebook pada beberapa jam yang lalu.

“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga pelakon veteran berkaliber dan penggiat seni yang dihormati, Allahyarham Mohd Idris Mohd Diah ataupun Idris Md Diah yang telah meniggal dunia pada hari Isnin, 14 September 2020. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah.”

TURUT DISAHKAN ANAK SAUDARA ARWAH

Berita pemergian pelakon berusia 61 tahun tersebut turut disahkan sendiri oleh anak saudara arwah, iaitu Nurul Nabihah Mod. Rizal.

“Benar. Bapa saudara saya meniggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi tadi.” Ujar Nabihah.
BELUM ADA MAKLUMAT PUNCA KEMTIAN

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan kepada peminat mengenai punca sebenar pemergian pelakon berkenaan, yang turut terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.

Dalam pada masa yang sama, difahamkan jenanzah telah pun dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Zuhur tadi.

Sama-sama kita titipkan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya. Tidak lupa juga sedekahkan bacaan Al-Fatihah.

Kongsi artikel ini: