Bergelar artis bukan lah satu hal yang mudah terutama dalam mengekalkan populariti dan sentiasa relevan di mata peminat. Itu lah yang dihadapi oleh pelakon terkenal menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana iaitu Johan Ariff As’ari.

JOHAN AS’ARI SEMAKIN SENDU, PERLU BIJAK PROMOSI DIRI

Hampir 10 tahun berada dalam dunia seni hiburan, Johan mengakui yang dia kini berdepan cabaran dalam karier seni. Ini berikutan sudah ramai muka baru dan juga berbakat besar mula menceburi bidang lakonan.

Justeru dia perlu bijak dalam mempromosikan diri agar peminat sentiasa ingat kelibat dirinya biar pun semakin sepi di kaca televisyen.

TERIMA LAMARAN DARIPADA BUDAK SEKOLAH

Biar pun dilihat semakin “sendu” sebagai hero drama mahu pun filem, Johan mengakui yang dia banyak menerima lamaran daripada pengikut di laman Instagram. Maksud lamaran adalah peminat ingin jadikan Johan sebagai calon suami.

Tambah Johan, lebih mengejutkan lagi apabila lamaran tersebut bukan sahaja daripada wanita dewasa malah ada dalam kalangan pelajar sekolah yang mencuba nasib serta berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

Walau bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak mengambil serius perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu penghargaan daripada peminat yang masih mampu menerimanya dalam industri.

TIDAK CEPAT MELATAH, TAKUT NANTI ADA YANG TERASA
“Orang biasa ajak kahwin tu biasalah. Tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja. Budak-budak biasalah teruja lebih.” Jelas Johan.

Dalam pada masa yang sama, Johan langsung tidak marah dengan hal sedemikian kerana takut individu terbabit mungkin terasa hati dengannya. Malah mengakui, lebih baik meminati artis tempatan daripada gilakan artis luar.

Sebagai rekod, bapa Johan iaitu Datuk As’ari Ibrahim merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Shaziman Abu Mansor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here