Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mencari pasangan hidup bukan lah semudah seperti mencari kicap Jalen, yang mana ianya ada di merata tempat. Bahkan bila bercerita soal jodoh, seseorang itu perlu lebih berhati-hati agar tidak tersalah pilih, kelak nanti hidup yang merana.
Selebriti terkenal Zizan Razak sering kali disifatkan netizen sebagai penjaga jodoh orang. Lihat sahaja ruangan media sosial, “ejekan” peminat berkaitan jodoh Zizan mula dijadikan bahan gurauan.
Zizan dilihat kerap kali gagal dalam gosip bercinta bermula dengan Juliana Evans, Emma Maembong dan paling terbaru, Mira Filzah. Tidak dinafikan bahawa perkahwinan antara Mira dan Wan Emir menggemparkan industri hiburan. Sehingga kini, kisah pasangan dua sejoli itu masih hangat menjadi bualan..
Zizan antara individu yang turut terkena tempiasnya. Dek kerana kegagalan Zizan dengan pasangan terdahulu telah dipersoalkan peminat bila kah pelawak berkenaan akan menamatkan zaman bujangnya.
Enggan mengambil negatif pertikaian orang ramai, Zizan menjelaskan bahawa keadaan terkini bukan lah masa yang sesuai atau pun keutamaan untuk dirinya mencari jodoh.
Tambah Zizan, masih banyak lagi perkara penting yang harus difikirkan terutama melibatkan kerja. Dalam perkembangan terbaru, dia kini sedikit emosi, kerana difahamkan neneknya berada dalam keadaan kurang sihat selepas disyaki menghidap knser.
Jelasnya kesibukan kerja membataskan segala urusan dan dia perlu membahagikan masa untuk pulang ke Terengganu menguruskan keluarganya membuatkan dia cepat penat dan kurang masa untuk berehat.
Keadaan tersebut mungkin tidak akan difahami oleh peminat. Rata-rata hanya melihat pada zahirnya dan bukan pada tekanan yang dialami. Sama-sama kita titipkan doa agar nenek Zizan diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.
Soal jodoh Zizan pula, biar lah masa yang menentukan. Bagi lelaki, mereka sentiasa kekal relavan untuk berkahwin biar pun usia menjengah senja.