Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bercerita mengenai rumah tangga, sudah pasti ramai yang mengidamkan pengakhiran yang bahagia. Tidak akan ada seorang pun yang mahukan penceraian sebagai pilihan terakhir bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Disebabkan itu lah penulis sering kali menekankan bahawa tempoh matang bagi sesebuah perkahwinan adalah antara 5 tahun dan ke atas.
Isu kegagalan rumah tangga sering kali menghantui golongan selebriti. Terdahulu Norish Karman pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkenal Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998. Walau bagaimanapun kedua mereka bersetuju membawa haluan masing-masing pada Julai 2008.
Berdepan dengan status sebagai seorang janda, Norish Karman ada memberi bayangan seakan wujud orang di sekelilingnya seolah-olah berasa kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang rakan.
Menurut pelakon berkenaan, hal ini terjadi berikutan kebanyakan wanita kini mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain biar pun berstatus isteri orang. Ini kan pula jika bergelar seorang janda. Sudah pasti hal tersebut menjadi sedikit persaingan.
Biar pun ramai memberi tanggapan sedimikian, bagi Norish sebenarnya mereka tidak perlu bimbang soal “sailang” kerana beliau sendiri mengakui langsung tidak pernah ambil pusing soal untuk mendirikan rumah tangga semula selepas gagal dalam hubungan terdahulu.
Dalam pada masa yang sama, Norish ada mendedahkan biar pun usianya sudah memasuki 46 tahun tetapi masih lagi didekati mereka yang jauh lebih muda. Jelas Norish itu bukan lah sasarannya kerana kebahagiaan anak adalah lebih utama.
Memberi reaksi kepada keadaan yang menimpa Norish, rata-rata peminat setuju bahawa bukan mudah bergelar sebagai janda. Kebanyakan ramai dalam kalangan masyarakat kita berfikiran negatif dengan status tersebut.