Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suami “Pergi” Digiliis Treler! Balu & 4 Orang Anak Masih Kecil Perlukan Bantuan

Malang tak berbau! Itu lah yang dapat disimpulkan kepada isteri kepada mangsa kemalangan mautt digiliis serta diserett oleh sebuah treler di Jalan Sungai Buloh, Selangor semalam. Dengan pemergian suami maka hilang lah punca pendapatan mereka sekeluarga.

Justeru, tampil seorang individu menyeru masyarakat untuk meringankan beban balu serta keluarga mangsa. Menerusi hantaran di Facebook, Eryzal Edry ada memuat naik perkongsian berharap agar orang ramai dapat membantu isteri serta empat anak yang masih kecil, ditinggalkan Allahyarham Mohamad Hafiz Mukhtar.

KASIHAN MELIHAT WAJAH ANAK-ANAK ARWAH YANG MASIH KECIL

Dalam perkongsian tersebut, Eryzal tidak sesekali mengenali arwah namun atas dasar prihatin dan simpati dengan nasib keluarga mangsa yang berusia 28 tahun, maka dia meminta orang ramai untuk turut serta membantu.

“Saya tidak mengenali arwah mahupun ahli keluarga arwah. tapi atas dasar rasa ingin membantu dan berasa simpati terhadap nasib isteri dan anak-anak arwah, jadi saya share kan posting ni agar ada orang lain juga boleh turut serta membantu walau dalam apa jua bentuk bantuan sekalipun.”

“Dan mungkin juga pada yang berkemampuan yang ingin membantu dengan menyumbang sedikit bantuan kewangan. Rasa sayu dan sebak sangat bila tengok muka anak-anak arwah ni.”
PROTON WAJA UBAH HALUAN DENGAN MENGEJUT

Berdasarkan laporan, mangsa menunggang motosikal Modenas Kriss melanggar belakang sebuah Proton Waja yang cuba mengubah laluan ke kiri jalan. Mangsa yang tidak sempat mengelak akhirnya jatuh ke sebelah kiri laluan.

Tidak semena-mena, treler yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu mengiliis mangsa dan mengherett sejauh 14 meter.

Pemandu kereta yang juga seorang lelaki warga Bangladesh berjaya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anak-anak sebagai penguat semangat
WARGA BANGLADESH TIDAK MEMPUNYAI LESEN KERETA

Siasatan awal mendapati pemandu lelaki warga Bangladesh itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kereta yang dipandu adalah milik majikannya.

Untuk meringankan beban balu, orang ramai boleh lah menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank, 158173024045 atas nama Jamaliah Khairuddin, iaitu adik perempuan balu.

Kesimpulannya, jalan raya merupakan antara tempat berisiko tinggi. Berhati-hati lah ketika memandu agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Salam takziah untuk keluarga mangsa, dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kongsi artikel ini: