Bagi pasangan yang berumah tangga pasti akan melalui detik cabaran dalam berkongsi hidup. Terutama dalam hal memahami perasaan antara satu sama lain.

Antara perkara yang sering diduga bagi mereka yang berkahwin adalah untuk mempunyai cahaya mata sendiri. Sudah pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila mereka lambat menimang cahaya mata.

Kadang kala kita perlu bermuhasabah diri dan bersangka baik. Allah sengaja melambatkan untuk memiliki anak adalah untuk memastikan kita persiapkan diri dalam pelbagai bentuk seperti soal tanggungjawab, kewangan dan juga masa supaya kelak anak tidak akan terabai.

HAFIDZ ROSHDI TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

Bercerita mengenai anak, pelakon terkenal iaitu Hafidz Roshdi baru sahaja menyambut cahaya mata keduanya. Khabar baik tersebut dikongsikan kepada peminat menerusi laman Instagram pada beberapa jam yang lalu dengan menitipkan rasa syukur apabila isteri tercinta iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan anak mereka hari ini.

Dapat dilihat pelakon drama Raisha itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik gambar menggendong cahaya mata lelakinya di laman Instagram.

DAH CUKUP SEPASANG

Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 25 tahun berkenaan turut berkongsi gambar dengan posisi sama dan memakai baju yang sama ketika menyambut anak sulungnya iaitu Humairah dilahirkan pada tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah sama date, same smile, same baju. Little beast is here. Sepasang Boy & girl. Siapa 9.9 tolong mention nama korang, Allah is the best planner.” Kongsi Hafidz.

RAMAI YANG UCAP TAHNIAH

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan juga peminat mengambil kesempatan dengan memberi ucapan tahniah selain mendoakan agar dipermudahkan segala urusan selama menjaga ahli keluarga baru.

Semoga dengan kehadiran anak kedua ini memeriahkan lagi keluarga kecil Hafidz. Sebagai rekod, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan anak sulung pada 9 September 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here