Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan kembali bertemu penciptanya kelak. Masa dan ketika sahaja membezakan antara dari kita. Dan disebabkan itu lah kita dituntut agar persiapkan diri dengan amal ibadat bagi menampung ganjaran di alam sana.
Berita duka baru sahaja menyelubungi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan “pergi” menghadap Illahi sebentar tadi.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri Aliff Syukri, Datin Shahida yang memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. Dikesempatan tersebut, Shahida dilihat memohon pengikutnya mengambil masa sebentar untuk mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah.
Dalam pada masa yang sama, pemergian arwah turut mengundang rasa sedih usahawan kontroversi iaitu Muhammad Sajjad. Dia turut berkongsi foto kenangan bersama Allahyarham yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.
Pada beberapa hari lalu, yang juga bekas pembantu Aliff Syukri iaitu Kak Mel ada memuat naik perkembangan Ghazali yang sedang tnat. Menurutnya Arwah pada ketika itu mengalami jangkitan kuman pada bahagian paru-paru gara-gara apendiks pcah.
Sama-sama kita titipkan bacaan Al-Fatihah buat arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.