Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai yang memandang perkahwinan adalah perkara biasa. Hakikatnya kita perlu berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan takut kelak salah pilih pasangan sebagai pendamping hidup.
Itu lah yang dilalui oleh seorang wanita di mana rumah tangganya menemui kegagalan apabila si suami ketagih hisap batu. Apa yang lebih mendukacitakannya apabila si suami yang dikenali sebagai Jamal telah memberi layanan buruk kepada anak kandung mereka sendiri.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Azza Eirma ada memuat naik beberapa keping gambar dan juga video anaknya di mana bekas suami telah bertindak memberi makan nasi lemak basi.
Menurut perbualan Jamal dan Azza, dia memberitahu berbuat demikian adalah untuk mengajar anaknya erti sebenar hidup memandangkan terdahulu dia juga hidup sedemikian rupa, makan nasi basi.
Tidak tergamak melihat keadaan anak yang dilayan sedemikian rupa, Azza bertindak membuat laporan polis bagi mengambil semula kanak-kanak tersebut dari rumah Jamal.
Azza ada menceritakan bahawa bekas suaminya itu merupakan seorang yang panas baran. Disebabkan ketagihan dan sikap suka naik tangan membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.
Tambah wanita berkenaan, sebelum ini Jamal akan berlaku baik dan tanya khabar anak bila perasaan rindu menyelubungi diri. Namun setelah diberi peluang untuk berjumpa lain pula layanan diberikan.
Difahamkan Jamal sengaja memerperlakukan anak mereka sedemikian rupa hanya kerana ingin bermain mental dengan Azza. Ini berikutan dia pernah kecewa apabila Azza menolak pelawaan untuk mereka rujuk kembali.
Melihat kepada reaksi orang ramai, mereka meluahkan rasa kesal dan sedih dengan keadaan menimpa Azza. Dalam pada masa yang sama, mereka mendoakan Jamal dapat pembalasan yang lebih adil kelak.
Apa pun semoga kisah mereka menjadi tauladan kepada kita semua agar saling menghargai pasangan dan rumah tangga yang dibina.