Hidup ini adalah pilihan sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Kaum wanita sering kali menjadi topik kepada gaya hidup masa kini.

Ini berikutan sifat mereka yang terlalu mudah mengikut kata hati dan termakan dengan godaan duniawi.

Seiring dengan peredaran zaman, pemakaian kaum wanita dilihat lebih ke hadapan berbanding kaum lelaki. Lihat sahaja mereka yang berani membelakangkan agama dengan sanggup mendedahkan aurat.

Selebriti antara yang tidak terkecuali. Penampilan mereka antara yang mudah mempengaruhi anak muda. Apa sahaja yang dipakai sudah pasti akan menjadi trend.

NEELOFA MULA KENAKAN SARUNG KAKI DALAM FESYENNYA

Antara yang mula mencuri tumpuan ramai di laman Instagram ialah pengacara dan usahawan terkemuka tanah air, Neelofa dilihat tetap sopan biarpun berani mempertaruhkan fesyen gaya moden buat tatapan umum.

Dia kini dilihat mula membaiki penampilan bertudungnya dengan mengenaka pula sarung kaki dalam setiap peragaan yang ditampilnya.

Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa dilihat kerap berkongsi foto outfit of the day (OOTD) dan beberapa hari lalu dia ada memuat naik foto dimana menutup aurat kaki dengan cukup sempurna.

TETAP KELIHATAN STAILO

Biar pun Lofa mengenakan seluar di atas paras buku lali dan dipadankan dengan sepatu tumit tinggi bertutup, Lofa masih lagi disifatkan “stailo” apabila mengenakan sarung kaki berwarna kulit bagi menutup auratnya.

Seperti sudah dijangka, meninjau ke ruangan komen entri terbabit, pengacara dari Kelantan tersebut telah dihujani bermacam-macam pujian daripada pengikutnya di laman tersebut berikutan penampilannnya kini yang dilihat makin patuh syariah berbanding terdahulu.

RAMAI ‘TER’INSPIRASI

Dalam pada masa yang sama, ramai peminat juga memuji gaya yang ditampilkan Lofa dan sekali gus memberi inspirasi untuk para wanita dalam menjaga aurat kaki mereka.

Melihat kembali perkongsian Lofa, figura tersebut difahamkan telah mula mengenakan sarung kaki sekitar beberapa bulan lepas lagi dan tiada siapa yang perasan. Sehingga artikel ini ditulis, foto yang dimuat naik telah meraih hampir 226,000 tanda suka daripada pengguna.

Kesimpulannya, menutup aurat bukan lah pilihan. Ianya adalah kewajipan bagi umat yang bergelar Islam. Menutup aurat bukan lah penghalang untuk kita tampil anggun dalam berfesyen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here