Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Muat Naik Foto Terbaru Dgn Kasyen “Bismillah”, Ramai Agak Hannah Delisha Sudah Berhijab

Bagi penganut agama Islam, kita dituntut untuk menutup aurat pada setiap masa biar apa jua keadaan. Ianya bagi menjaga maruah diri seseorang daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Tidak dinafikan bahawa dengan pakaian, ianya mencerminkan akhlak atau pun sifat seseorang itu di mata orang lain.

Dapat diperhatikan kini, bertudung mampu membawa individu wanita pada satu tahap yang berbeza dan ianya tidak menghalang untuk terus kekal tapil berfesyen.

Lihat sahaja golongan selebriti, saban hari semakin bertambah daripada mereka yang mula mengenakan hijab. Adakah ini suatu trend atau pun benar-benar ingin menutup aurat? Jawapannya ada pada nawaitu masing-masing.

HANNAH DELISHA DAH PAKAI TUDUNG KE?

Pelakon cantik, Hannah Delisha yang mencipta nama di Malaysia dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer dilihat semakin aktif melebarkan sayap lakonannya di negara ini.

Sering muncul sebagai watak heroin, wajah cantik seperti anak patung membuatkan Hannah menjadi pilihan antara pengarah drama dan filem bagi menambah seri garapan mereka.

Namun begitu, Hannah telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu gambar dirinya mengenakan hijab di Instagram dengan menulis kapsyen ringkas ‘Bismillah’.

RAMAI PEMINAT PUJI CANTIK

Menerusi perkongsian foto tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan Hannah yag terlihat sangat cantik.

Ada juga yang mendoakan agar pelakon tersebut kekal berhijab dan terus istiqomah andai dia benar-benar sudah memakai tudung walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Hannah sendiri.

BERHIJAB ADALAH CABARAN BARU BUAT PELAKON

Sebagai seorang pelakon, penampilan berhijab merupakan satu kekangan kepada mereka untuk terus melebarkan sayap dalam industri. Bila berhijab, mereka perlu menjaga batas pergaulan agar dapat diterima peminat.

Walau bagaimanapun, ada sahaja antara mereka yang sudah pun berjaya kekal relevan dalam industri biar pun dengan bertudung dan contoh terdekat ialah Mira Filzah.

Jadi, sama-sama kita doakan agar ini adalah keputusan yang terbaik buat pelakon berkenaan dan semoga rezekinya dalam bidang lakonan terus bertambah saban hari.

Kongsi artikel ini: