Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lupa Sejenak Kehidupan, Budak 10 Tahun Banting Tulang Untuk Bagi Keluarga Makan

Dalam kita mendongak ke langit meniti perjalanan seharian, cuba lah sesekali untuk tunduk ke bawah melihat penat jerih kehidupan orang lain. Kadang kala bila kita terlalu mengejar dunia membuatkan kita alpa erti sebenar kesyukuran.

Diakui bahawa umat manusia memerlukan wang sebagai sumber untuk kita meneruskan kehidupan. Namun nikmat sebenar yang selalu kita terlepas pandang adalah menerima rezeki yang sedia ada di depan mata dengan perasan redha.

Justeru kita akan senantiasa mengeluh dan cuba membandingkan dengan mereka yang lebih kaya biar pun apa yang dimiliki sudah lebih daripada cukup. Secara tidak langsung akan timbul perasaan syak wasangkan dengan rezeki Allah.

KANAK-KANAK LAIN SIBUK BERMAIN, AMAT PULA SIBUK CARI DUIT

Dalam kesibukan kanak-kanak seusianya belajar di sekolah, berbeza pula bagi seorang budak lelaki dikenali sebagai Amat yang mungkin kisahnya memberi kesan kepada pembaca tentang erti pengalaman hidup.

Amat yang kini berusia 10 tahun tidak hanya membuang masa sehariannya dengan bermain, sebaliknya berusaha keras mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu, Sabah.

Kisah kagum kanak-kanak berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook, yang dikenali sebagai Edlee Al-Aswad Black. Dia sempat memuat naik tiga gambar di mana  Amat sedang sibuk bekerja di pasar yang dimaksudkan.

TIDAK MENETAPKAN KADAR BAYARAN

Menurut perkongsian, selain tenaga kanak-kanak tersebut telah memudahkan urusan pengunjung pasar, Amat tidak pula menetapkan kadar bayaran sebaliknya hanya terserah kepada ihsan pelanggan yang menentukan untuk diberikan kepadanya sebagai wang saku.

“Namaku Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman. Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.”
“Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu. Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh.”
“Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan. Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula. Aku redha dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah.”
“Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam. Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian. Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar.”
“Inilah secebis kisah Aku Budak Pasar. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah.”

RAMAI LUAH RASA KAGUM DAN MENDOAKAN AMAT

Melihat kepada reaksi pengguna Facebook, mereka sangat kagum dengan peribadi Amat. Dalam pada masa yang sama, mereka mendoakan agar urusan kanak-kanak tersebut dan dimurahkan rezeki di masa hadapan.

Kongsi artikel ini: