Internet merupakan satu jaringan yang sangat penting kepada pengguna di seluruh dunia. Peralihan zaman yang dahulunya mengharapkan internet pada kegunaan komputer namun berbeza kini.

Hampir keseluruhan ramai sudah pun mendapat capaian internet hanya pada di hujung jari, melalui telefon pintar. Segala maklumat kini dapat diterima dengan pantas tanpa sempadan.

Namun berbeza dengan kisah adik Veveonah Mosibin yang tular sebelum ini dengan rakaman video sedang  menjawab peperiksaan di atas pokok kerana tiada capaian internet di rumahnya sekali gus telah membuka mata ramai pihak.

DIDAKWA SENGAJA MERAIH JUMLAH TONTONAN  BAGI KONTEN YOUTUBE

Sedikit kekeliruan berlaku sejak kebelakangan ini berkaitan isu tersebut apabila nama Veveonoah kembali diperkatakan susulan tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa Veveonah Mosibin sekadar satu konten yang sengaja ingin meraih jumlah tontonan di saluran YouTube miliknya.

Sudah pasti dengan kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kecewa Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Veveonoah meluahkan kesal seolah-olah dituduh menipu masyarakat Malaysia. Sejurus selepas itu,  Zahidi telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf diatas keterlanjuran yang dibuat.

Dalam pada masa yang sama, beliau telah menyalahkan MP Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan I iaitu Datuk Haji Abdul Rahim bin Bakri kerana menyalurkan maklumat kurang tepat kepadanya sebelum ini namun dinafikan oleh MP tersebut.

ABANG VEVEONOAH NAIK ANGIN, TAMPIL PERTAHANKAN ADIK

Berang dengan agenda politik oleh sesetengah pihak, akhirnya abang Veveonah telah tampil mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman Facebooknya dengan mempertahankan adiknya berhubung isu yang menjadi bualan ramai tersebut.

Jelasnya, video yang di muat naik oleh Veveonah hanyalah satu cara untuk berkongsi kisah kehidupan sebenar mereka. Ianya langsung tidak meminta apa-apa kepentingan daripada pihak tertentu.

Tambah Mekvin, dia kesal selepas Zahidi membuat kenyataan keduanya dengan masih mempertahankan dakwaan bahawa Veveonah menipu dan apa yang diperkatakan adalah tepat berhubung peperiksaan Veveonah.

VEVEONOAH TERUK DIKECAM NETIZEN

Pemuda itu juga telah memberi penerangan dengan menyangkal segala yang diperkatakan oleh MP Kudat sehingga menimbulkan banyak kekeliruan terhadap orang ramai sejak akhir-akhir ini.

Dia turut menyebut nama-nama insan yang cuba memburukkan nama baik keluarganya sehingga Veveonah teruk menerima kecamanan daripada warganet kerana didakwa sengaja meraih perhatian melalui perkongsian video terdahulu.

GUNA MANDAT YANG DIBERIKAN RAKYAT SEBAIKNYA

Di akhir penulisan Mekvin, dia telah memberi mesej penting buat ahli politik mahupun pemimpin negara agar mengingati bahawa kuasa yang mereka miliki kini adalah datangnya daripada sokongan rakyat.

Jadi, janganlah cuba khiantai kepercayaan yang telah diberikan sehingga boleh menjejaskan kedudukan mereka dalam tampuk kepimpinan Negara pada suatu hari nanti.

Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata menyuarakan sokongan terhadapa tindakan abang kepada Veveonah yang mempertahankan adiknya itu daripada terus menjadi “bahan” kuasa politik mahu pun pandangan serong netizen.

Mereka juga berharap agar pihak atasan memandang perkara ini dari sudut positif dan bukannya mencari mana salah ataupun tidak kerana setiap yang dilakukan adalah untuk kemajuan kawasan setempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here