Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Buat Review Tayang “Aset”, Peminat Luah Rasa Kesal Tindakan Tiz Zaqyah

Kehidupan pada era teknologi jauh berbeza dengan dahulu kala. Sebelum adanya capaian internet, populariti seseorang artis hanya boleh ditentukan melalui kekerapan muncul di kaca televisyen.

Namun berbeza kini. Adanya media sosial mendekatkan lagi golongan selebriti dengan peminat. Malah mempunyai pengikut yang ramai merupakan satu tiket untuk mereka terus menjana pendapatan terutama melalui ulasan berbayar atau lebih dikenali sebagai padi review.

Jadi tidak hairan lah jika anak muda kini berlumba-lumba untuk meraih publisiti dan mengejar jumlah pengikut yang ramai di Instagram hanya demi mengejar pencarian wang dengan jalan yang mudah.

PERKONGSIAN TIZ ZAQYAH BUAT RAMAI PENGGUNA BERANG

Terdahulu, Safiey Illias dan juga Muhd Sajat antara individu yang mendapat perhatian ramai berikutan konten mereka di laman Instagram. Mereka tidak menapis dahulu bentuk ulasan sehingga mampu mendatangkan perkara kurang baik bagi pengikut di bawah umur.

Terbaru, pelakon Tiz Zaqyah pula antara individu yang menerima kecaman warganet gara-gara tindakannya yang tidak menapis terlebih dahulu produk sebelum membuat ulasan di Instagram miliknya.

WANITA TAMPIL TUNJUK SEBAHAGIAN ASET

Pada beberapa hari lalu, Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya telah membuat posting yang ditujukan untuk golongan wanita yang mempunyai masalah payudara dan punggung.

Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian aset. Sudah pasti perkara sedemikian tidak elok untuk dipertontonkan kepada umum, memandangkan Instagram adalah antara yang turut memiliki pengguna di bawah umur.

NETIZEN MINTA TIZ CARI DUIT SAMPINGAN DENGAN CARA LAIN

Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain dan bukannya cara menjatuhkan maruah atau pun martabat wanita dengan pertontonkan aset kepada umum.

Bila selebriti turut menyokong, maka akan semakin bertambah pengeluar produk yang berani menghasilkan produk membesarkan aset sedemikian.

Malah pada masa yang sama, netizen turut berpendapat bahawa, demi duit ianya mampu menggelapkan mata seseorang sehingga tidak dapat membezakan antara sumber halal dan haram.

Semoga dengan teguran dari peminat membuka mata selebriti lain agar bertindak menapis terlebih dahulu konten sebelum ianya dimuat naik.

Kongsi artikel ini: