Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah saman menyaman antara pelawak terkenal Ali Puteh dan juga balu Abam iaitu Nor Hidayah dilihat semakin berlarutan. Terdahulu Ali ada mendedahkan bahawa dia dan ahli keluarga telah menerima surat saman terlebih dahulu dari Hidayah selepas 15 hari pemergian Abam gara-gara menuntut harta peninggalan arwah.
Bagi membersihkan nama dia dan keluarga yang dilihat menerima kecaman hebat daripada netizen, yang menyifatkan mereka sekeluarga tamak dan memakan harta anak yatim, akhirnya dia mengambil tindakan menyaman semula Hidayah.
Dalam perkembangan semasa, peguam yang dilantik oleh Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad tampil menafikan berkaitan isu anak guamnya memfailkan saman kepada ibu mertua sendiri, Sabariah Arshad seperti mana digembar gemburkan Ali Puteh.
Tambah Mohamed Ibrahim lagi, sebaliknya Sabariah yang terdahulu menfailkan saman kepada Hidayah pada Julai yang lalu.
Walau bagaimanapun, Mohamed Ibrahim mengakui bahawa anak guamnya ada menuntut sehingga RM900,000 seperti didakwa Ali Puteh baru-baru ini. Sehingga kini, pihaknya enggan mendedahkan butiran yang dituntut secara terperinci berikutan kes mereka masih lagi dalam prosiding mahkamah.
Sementara itu, peguam syariah, Fadhlina Datuk Siddiq yang hadir sama pada sidang media itu mengakui ada menyenaraikan nama ibu mentua anak guamnya dalam tuntutan berhubung isu faraid dan hak jagaan anak.
Semoga kemelut antara ahli keluarga ini dapat diselesaikan secara baik dan berdamai demi waris peninggalan Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.