Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pangkat bukan lah segala-galanya yang perlu kita kejar di atas muka bumi. Walau bagaimanapun, dengan pangkat ianya mampu mengubah peribadi kepada menjadi lebih sombong.
Lihat sahaja layanan di sesetengah tempat yang boleh disifatkan sebagai double standard bila didatangi mereka bergolongan pangkat besar mahu pun yang berpengaruh.
Berbeza dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dia yang baru sahaja mengadakan program Kembara Kasih Mualaf 2020 di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands.
Peribadinya yang sering kali mencuri tumpuan ramai berikutan sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan. Dalam program kembara tersebut, Dr Zulkifli sempat beramah mesra dan bertanya khabar masyarakat Orang Asli yang diziarahi. Malah sempat menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Menariknya pada lawatan yang dilakukan adalah dia langsung tidak memerlukan layanan istimewa sebagai menteri, tidak seperti sebilangan yang lain. Dia dilihat sangat merendah diri termasuk lah mampu duduk bersila di atas lantai bersama masyarakat orang asli yang lain.
Foto yang menampakkan Dr Zulkifli duduk bersila di atas lantai yang langsung tidak berlapik telah menarik perhatian netizen. Mereka sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang menteri yang langsung tidak bermegah-megah mahu pun mengejar keselesaan di dunia.
Netizen menghujani ruangan komen dengan mengucapkan rasa syukur dan mendoakan agar bekas mufti Wilayah Persekutuan tersebut sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Yang menariknya adalah komen sedemikian ditinggalkan daripada pengguna bukan muslim menandakan Dr Zulkifli disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum.
Sebelum ini, Dr Zulkifli ada meluahkan hasrat untuk melantik guru takmir daripada mereka golongan Orang Asli supaya syiar Islam dapat ditingkatkan dalam kalangan masyarakat berkenaan.