Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehidupan pada masa kini memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Namun begitu, kita sangat bertuah kerana dengan adanya teknologi, memudahkan ramai pengguna menghasilkan pendapatan hanya melalui di hujung jari sahaja.
Lihat remaja kini, mereka berlumba-lumba mengejar populariti di media sosial dengan menghasilkan pelbagai konten menarik dan juga gambar yang cantik. Ini berikutan untuk mendapatkan jumlah pengikut yang tinggi.
Bila individu tersebut mempunyai ramai pengikut, sudah pasti ianya jalan mudah untuk menghasilkan pendapatan terutama bayaran bagi mempromosikan sesuatu produk. Bagi yang tidak biasa, ianya dilihat tidak masuk akal. Hakikatnya, sudah ramai anak muda bergelar instafamous mampu hidup senang melalui platform media sosial.
Selebriti atau artis antara golongan yang mudah meraih pengikut. Memandangkan mereka sudah pun ada nama dalam industri, jadi tidak hairan lah ramai perusahaan memerlukan khidmat pengiklanan atau lebih dikenali sebagai “paid review” dari mereka ini.
Bila bercerita mengenai paid review, penyanyi yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin telah menjadi mangsa kecaman di media sosial. Ianya bermula gara-gara satu video yang memaparkan penyanyi berkenaan merendahkan masyarakat Orang Asli.
Video berdurasi 53 saat mula tular di media sosial menyebabkan warganet berasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan oleh Sarah. Awalnya dia dilihat cuba mempromosikan produk shampoo bagi sebuah salon. Jelasnya shampoo tersebut baik untuk kesihatan rambut dan mengelak bau busuk.
Dek kerana kenyataan sedemikian telah mengundang reaksi kurang baik dari netizen. Malah tampil seorang individu memerli Sarah di Twitter berkaitan rakaman berkenaan.
Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you 🤓 pic.twitter.com/n6Wj6Lv0Of
— Uncle Barry 🇲🇾 (@fuzirbarry) September 4, 2020
Melihat kepada reaksi pengguna lain, ada sebahagiannya berpendapat bahawa kenyataan diberikan Sarah bukan lah untuk menghina sesuatu kaum dan perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan.
Apa pun terlajak perahu boleh diundur dan terlajak kata badan yang menanggungnya. Mungkin apa diperkatakan itu adalah tidak sengaja atau pun tidak berniat untuk merendahkan masyarakat Orang Asli bahkan menghina mereka sekali pun. Ianya terletak pada tafsiran diri masing-masing.