Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi pasangan yang berkahwin, memiliki zuriat antara detik yang terindah dalam meniti kehidupan. Dengan kehadiran cahaya mata, sudah pasti kehidupan akan berubah terutama gaya hidup dan juga tanggungjawab terhadap keluarga.
Walau bagaimanapun, ada pasangan yang berkahwin diuji dengan cahaya mata. Biar pun bertahun-tahun berkahwin namun masih lagi gagal mendapatkan zuriat sendiri sehingga memaksa mereka menggunakan pelbagai teknik perubatan.
Itu lah yang terjadi di dalam rumah tangga penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia yang pernah digilai ramai peminat wanita Tanah air, iaitu Irwansyah. Perkahwinan dia bersama isteri, Zaskia Sungkar diuji selama 10 tahun untuk mendapatkan anak pertama mereka.
Walau pun sering diasak orang ramai dengan soalan cahaya mata selama ini, pasangan tersebut dilihat positif dan saling mendukung antara satu sama lain. Atas berkat kesabaran, Irwansyah memaklumkan bahawa isterinya telah pun hamil.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri tuan badan menerusi laman Instagramnya pada beberapa jam yang lalu.
Tempoh 10 tahun bukan lah suatu yang singkat. Namun dengan kekuasaan Tuhan, tiada apa yang mustahi. Menurut maklumat, Zaskia dan Irwansyah telah menjalani proses IVF sejak awal tahun ini dalam usaha memiliki zuriat sendiri.
Berita baik ini merupakan hadiah terbaik buat Irwansyah dan isteri. Masing-masing dilihat
sangat bersyukur dengan ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.
Dalam pada masa yang sama, Irwansyah dan isteri memohon para peminat mendoakan yang baik-baik kepada mereka dalam menempuh kehidupan baru. Semoga Zaskia diberi kesihatan yang baik dan terus bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.