Setiap makhluk diciptakan berpasangan. Begitu juga dengan manusia dimana wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, dan lelaki diciptakan untuk melindungi pasangannya.

Perkahwinan dituntut dalam agama bukan sekadar penyatuan dua hati. Malah ianya adalah menghindarkan diri manusia dari perbuatan keji dan kotor yakni keruntuhan akhlak.

RAMAI PEMINAT LELAKI MULA KECEWA

Penulis merasakan perkahwinan pelakon terkenal, Mira Filzah pada malam tadi telah mengundang kecewa ramai peminat lelaki. Mana tidaknya, lihat sahaja lah ramai yang meletakkan emoji sedih dan marah ketika acara tersebut berlangsung.

Jadi sama-sama lah kita move on dengan Mira Filzah dan cari pengganti yang lain. Penulis boleh sifatkan bahawa perkahwinan Mira dan pasangan, Wan Emir Astar antara Wedding of The Year.

Ini berikutan, sejak dari awal tahun lagi kisah mereka digembar gemburkan oleh pengamal media sehingga membuatkan ramai peminat tertunggu-tunggu. Dengan sekali lafaz sahaja, maka terjawab lah kisah cinta pasangan tersebut.

BUSANA MIRA FILZAH DIPUJI RAMAI

Meneliti momen perkahwinan pasangan ini, mencuri tumpuan ramai adalah busana yang diperagakan oleh pengacara Nona tersebut. Ianya kelihatan sangat klastik ditambah pula dengan sedikit sentuhan moden pada lengan dan bawah baju.

Peminat tidak henti-henti memuji Mira di mana dia memang terkenal dengan imej berhijab. Sehingga ke hari bersejarah dalam hidupnya, Mira masih mengekalkan personaliti lemah lembut dan sopan.

BAJU KURUNG PAHANG, RINGKAS DAN ELEGAN

Busana perkahwinan Mira dikenali sebagai Baju Kurung Pahang. Difahamkan busana tersebut mendapat sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tanah air, iaitu Rizman Ruzaini.

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka kagum dengan pelakon tersebut. Tidak hairan lah dia mempunyai peminat yang ramai. Mengekalkan gaya yang sopan, mereka memuji majlis yang diadakan, ringkas dan tidak over.

Dalam pada masa yang sama, peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Mira dan Wan Emir di atas ikatan perkahwinan ini. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here