Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Isu Video “Comolot” Adik Semakin Menjadi-Jadi, Anak Sulung Nora Nekad Jumpa Keluarga Remaja Lelaki

Selalu penulis tekankan mengenai didikan pada anak. Sesibuk mana kita mencari rezeki, ibu bapa perlu luangkan sedikit masa kepada anak agar hubungan dengan mereka menjadi lebih dekat.

Dalam masa yang sama, dengan pendekatan sebegini, ibu bapa juga akan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh si anak dalam kehidupan seharian. Peringkat yang perlu diberi tumpuan penuh dikala usia mereka antara 13 hingga ke 19 tahun.

Pada ketika ini, perasaan mereka cenderung kepada hiburan dunia. Pelbagai aktiviti yang akan mereka cuba sertai untuk memuaskan hati sendiri. Mengikut kajian, remaja adalah golongan yang paling mudah untuk dipengaruhi dan tinggi bilangan dengan masalah sosial.

NORA ARIFFIN MOHON DIBERIKAN RUANG

Berkisarkan masalah sosial anak, sejak semalam hangat di media sosial kisah berkaitan anak gadis kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin. Ini berikutan tersebarnya video pasangan remaja “comolot” di media sosial.

Kredit gambar: murai.my

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Nora pada hantaran Instagram lewat petang semalam. Bukan mudah untuk menjaga anak dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Justeru dia meminta diberi ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

BAKAL BERTEMU KELUARGA REMAJA LELAKI

Turut memberi reaksi kepada hal tersebut adalah anak sulung penyanyi berkenaan. Dia yang ada mengeluarkan kenyataan di media sosial memaklumkan bahawa perbuatan adiknya sememangnya salah dan mengaibkan keluarga.

Biar pun begitu, dia sempat membalas pandangan serong netizen agar berhenti dari mengkritik ibunya kerana individu yang silap dalam hal tersebut adalah adik dan juga remaja lelaki berkenaan.

Dalam perkongsian yang dibuat, Syakir Iman memberitahu yang dia dan keluarganya akan bertemu dengan keluarga lelaki berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan ini. Difahamkan bukan satu video sahaja yang tular bahkan lebih.

ADA YANG MEMBERIKAN KATA-KATA SEMANGAT

Dalam ramai yang mengkritik, ada sebahagian dari warganet memberikan kata-kata semangat buat Syakir agar tampil kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Memandangkan dia adalah individu yang mengambil alih ketua keluarga sekarang, sudah pasti menjaga keselamatan ibu tercinta dan adik-adik sebagai keperluan utama.

Semoga kita jadikan kisah keluarga Nora sebagai pengajaran dan pedoman. Jangan cepat melatah, dan sama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga mereka.

Kongsi artikel ini: