Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelakon kelahiran Tampines, Singapura iaitu Atikah Suhaime sering sahaja menjadi bualan peminat. Biar pun hubungan cintanya pernah gagal dengan Awi Rafael sebelum ini, namun dia dilihat sudah pun move on dan menemui cinta baru.
Bukan lagi rahsia, kisah cinta antara Atikah dan Datuk Lokman Teh semakin hangat diperkatakan. Mereka dilihat sering kali meluangkan masa bersama. Dan dalam perkembangan terbaru, difahamkan pasangan berkenaan mengambil masa bercuti di Pulau Langkawi bersama-sama.
Bila bergelar artis, sudah pasti kehidupan akan menjadi tumpuan ramai. Kurang menariknya apabila pelakon berkenaan menerima kritikan daripada peminat setelah memuat naik satu video di laman Instagram yang menampakkan bentuk badannya sedikit berisi.
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Atikah Suhaime, pasti sedar bahawa pelakon cantik berkenaan sedikit berbeza berbanding dahulu. Namun gara-gara badannya yang berisi menyebabkan segelintir mempersoal sama ada dia sudah pun berbadan dua.
Sudah pasti komen sedemikian memberi kesan kepada tuan badan. Lalu Atikah memberi respon menjelaskan bahawa badannya berisi bukan disebabkan berbadan dua tetapi gemuk dan buncit.
Dalam pada masa yang sama, Atikah sempat membidas mereka yang bermulut lantang mengenai isu kenaikan berat badannya itu dengan berpesan agar sentiasa menjaga hati. Dia juga bersyukur biar pun berisi tetapi dikurniakan kekasih yang berharta.
Melihat kepada Atikah yang sering diserang peminat, Lokman Teh akhirnya tampil pertahankan kekasih dengan menyindir mereka di Insta Story.
Apa pun bukan mudah untuk menjaga hati atau menutup mulut semua pihak. Semoga Atikah dan Lokaman Teh bahagia sehingga ke jinjang pelamin.