Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Melihat anak membesar dengan baik merupakan impian ramai ibu bapa. Namun ramai yang terlupa, dalam memastikan anak menjadi bijak, didikan awal perlu diberikan bagi merangsang sel-sel otak.
Sebaiknya, ketika mereka masih bayi lagi perlu didedahkan dengan angka, tulisan mahu pun warna. Sentiasa jadikan ia sebagai rutin supaya kelak anak sudah pun terbiasa dan menjadi minat dengan membaca.
Mengulas soal didikan anak, selebriti terkenal iaitu Nora Danish dan suami, Nedim Nazri ada meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dikurniakan seorang anak yang baik serta bijak. Difahamkan anak mereka, Mohamed Neqayl atau panggilan manja Ney Ney sudah pun mengenal nombor dan menghafal sifir.
Bagi yang tidak mengetahui, Ney Ney kini baru sahaja menjengah usia 2 tahun lima bulan. Namun sudah pun pandai mengira pelbagai sifir. Momen tersebut ada dikongsikan Nedim menerusi laman Instagramnya pada beberapa jam yang lalu.
Bukan mudah untuk melihat kanak-kanak sebaya Ney Ney mampu untuk mengira bahkan menghafal sifir. Menurut Nedim, kebolehan tersebut bukan lah diajar oleh pasangan terbabit kerana Ney Ney belajar dengan sendiri.
View this post on Instagram
Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni…… 💙 • • #mohamedneqaylnedim™️ #cintahatineno
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut pasangan tersebut kagum dengan perkembangan Ney Ney yang semakin bijak. Mereka juga sempat mengucapkan tahniah kepada Nora dan Nedim kerana berjaya mendidik anak mereka dengan baik.
Kesimpulannya, anak adalah cerminan kepada sikap ibu bapa. Jadi, penjaga perlu memainkan peranan dengan sentiasa berkomunikasi serta memberi contoh yang baik bila berada di hadapan mereka.