Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tua Tak Sedar Diri! Wanita Bergelar Nenek Tak Sempat Dinobat Ratu Gedik, Dicekup Pihak Berkuasa

Hiburan dianggap sebagai terapi minda bagi sesetengah pihak. Antara hiburan yang sering menjadi pilihan masyarakat kita adalah seperti nyanyian dan juga berjoget. Dari yang muda sehingga yang berumur suka menjadikan aktiviti ini sebagai alasan untuk menghilangkan rasa tekanan yang dihadapi seharian.

Namun, sebagai masyarakat yang baik, kita perlu meletakkan suatu batas agar segala bentuk hiburan yang dilakukan tidak bertentangan dengan kehendak agama. Tambahan pula kita dalam fasa PKPP di mana segala bentuk aktiviti pengumpulan orang ramai dilarang sama sekali.

WANITA BERGELAR NENEK DITAHAN KHUSYUK BERDANGDUT

Malam tadi dilaporkan 20 pengunjung pusat karaoke dangdut telah ditahan pihak berkuasa ketika masing-masing sedang khusyuk berlibur. Kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan.

Ketika serbuan, seorang lelaki dan 12 wanita dikatakan terlibat dengan penganjuran pertandingan nyanyian dangdut. Lebih mengecewakan apabila pertandingan tersebut disertai oleh wanita yang sudah pun bergelar nenek.

PENYAMPAIAN HADIAH RATU GEDIK TERBANTUT

Difahamkan salah seorang pengunjung yang ditahan adalah bekas peserta program realiti televisyen yang dijemput sebagai juri. Pertandingan tersebut tidak sempat berakhir apabila pihak berkuasa terlebih dahulu menghidu aktiviti mereka.

Sepatutnya ia diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Ratu Dangdut, Ratu Gedik dan Penyanyi Lelaki Terbaik. Siasatan mendapati premis yang menganjurkan pertandingan terbabit tidak mempunyai lesen yang sah.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang juga pemilik premis. Malah segala peralatan karaoke turut dirampas.

JAHAEIK TURUT AMBIL TINDAKAN WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT

Menurut Ins. Muhamad Farid Abu Othman, Pegawai Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan memberitahu bahawa kesemua mereka yang ditahan adalah di antara 35 tahun sehingga 65 tahun.

Mereka bakal berdepan dengan kompaun yang ditetapkan di bawah Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana didapati dengan sengaja berkumpul dan mengadakan aktiviti secara berkumpulan.

Dalam serbuan itu juga, empat orang wanita yang ditahan dikenakan tindakan oleh JAHEIK berikutan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat.

Konklusinya, ini bukan lah masa yang sesuai untuk kita berhibur mahu pun melaksanakan aktiviti berkumpulan secara terbuka. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan peringatan agar tidak terlalu leka dengan aktiviti yang tidak memberi faedah.

Kongsi artikel ini: