Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata. Perlu sedar bahawa anak bukan sekadar pengikat kasih sayang bahkan amanah besar yang Allah kurniakan. Amanah yang dimaksudkan adalah cara didikan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Ramai kaum ibu bapa beri tumpuan pada pendidikan dunia namun terleka dari segi agama. Seharusnya mereka perlu seimbang antara kepentingan kedua-duanya agar bila dewasa kelak dapat membuat sesuatu keputusan dengan lebih baik.
Bercerita mengenai anak, terbaru tular satu rakaman dimana anak perempuan penyanyi terkenal, Nora Ariffin telah bercumbu dengan seorang lelaki. Jelas kelihatan wajah Putri Nur Dahlia tanpa rasa segan melakukan aksi sedemikian di media sosial.
Sejak tengah hari tadi, pelbagai kata-kata dilemparkan oleh netizen terhadap penyanyi berkenaan. Mereka telah menyerbu ruangan komen Instagram Nora dan menyifatkan yang dia tidak pandai jaga anak.
Setelah hangat menjadi topik di media sosial, akhirnya Nora tampil membuka mulut. Dia mengakui gambar yang tersebar adalah gadisnya dan sangat terkilan perkara sedemikian berlaku dalam keluarga.
Menurut Nora, sudah pasti seorang ibu kecewa bila kejadian seumpama itu berlaku dalam keluarga. Segala bimbingan serta didikan telah pun diberikan yang terbaik. Namun sebagai manusia, sudah pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Sedikit sebanyak keadaan ini mengganggu emosi Nora dimana khabar duka baru sahaja menyelubungi diri, ibu mertua telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.
Kesimpulannya, jangan terlalu cepat untuk kita menghukum kesalahan orang lain. Cukup lah sekadar memberi peringatan kepada mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama serta titipkan doa agar dilindungi dari segala keburukan.