Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi setiap ibu yang bersalin, perkara yang paling digeruni atau pun renyah untuk dihadapi adalah proses berpantang. Pada waktu ini, mereka perlu menjaga permakanan agar tidak menjejaskan kesihatan diri.
Malah mereka juga perlu mengurangkan pergerakan bagi mengelak berlakunya pendarahan. Walau bagaimanapun, dewasa kini ramai anak muda memandang ringan proses berpantang selepas bersalin.
Kebanyakan mereka beranggapan berpantang adalah proses kuno dan tidak memberikan apa-apa impak pada kesihatan diri. Sebenarnya kita lupa bahawa testimoni sudah pun jelas di depan mata.
Lihat sahaja orang-orang terdahulu, biar pun usia sudah pun lanjut dan memiliki ramai anak namun tubuh badan masih lagi sihat dan kuat. Ini berikutan penjagaan yang rapi sewaktu tempoh selepas bersalin dahulu.
Selebriti yang dilihat masih mengamalkan pantang ialah Bella Astillah. Semalam penyanyi berkenaan ada memuat naik satu gambar sedang menjalani proses mengurut dan memaklumkan yang berakhirnya proses berpantang anak kedua.
Walau bagaimanapun, lain pula reaksi yang diterima oleh para pengikut di laman Instagram. Gara-gara hanya berkain batik dan kelihatan berkemban, warganet meluahkan pendapat bahawa tidak elok pertontonkan sedemikian kepada umum.
Dalam pada masa yang sama, mereka berpendapat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara memandangkan Bella seakan-akan membuat promosi bagi servis berpantang yang diterimanya.
Malah mereka memohon agar isteri Aliff Aziz berkenaan agar memadam gambar tersebut bagi mengelak dari terus menjadi buah mulut. Bagaimanapun Bella mengambil jalan berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut.
Kesimpulannya, barangkali Bella terlepas pandang soal aurat. Niatnya ingin berkongsikan rasa kepuasan dengan servis yang diterima. Apa pun sama-sama kita menegur dengan cara berhemah.