Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kahwin Malam Ini, Ibu Coret Pesanan Buat Emir Astar Sebelum Pikul Tanggungjawab Suami Mira Filzah

Kisah peribadi pelakon cantik molek, iaitu Mira Filzah sering sahaja menjadi perhatian peminat. Sejak dari dahulu lagi pelbagai spekulasi yang timbul berkaitan kisah cinta pelakon berkenaan sehingga lah baru-baru ini dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang kenalan lama.

Jejaka bertuah yang dimaksudkan ialah Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair, yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu YB Datin Mastura Yazid.

MIRA DAN EMIR KAHWIN MALAM INI

Kelihatan pelbagai persiapan perkahwinan sudah pun disediakan. Menurut perkembangan terbaru, aktres berkenaan bakal melangsungkan perkahwinan kurang dari 24 jam, yakni malam ini.

Sudah pasti ramai peminat Mira tidak sabar untuk menonton perkahwinan artis kegemaran mereka secara langsung. Menghargai perkahwinan anak tercinta, Datin Mastura ada menitipkan coretan khas buat anak sulungnya, mengimbau kembali pesanan arwah suami.

BAHAGIA SEBENAR ADALAH SELEPAS KAHWIN
“Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah, Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.”
“Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yang Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait-bait perbualan Arwah Papa dan Ibu itu.”
SAYANG DAN LINDUNGI SEORANG ISTERI DENGAN JIWA DAN RAGA
“Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu . Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT. Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab.”
“Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.”
“Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much. How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime.”

“Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…”

Sudah pasti kata-kata azimat ini perlu diberi perhatian oleh Emir agar dapat memastikan rumah tangga yang bakal dibina berakhir dengan kebahagiaan. Semoga urusan majlis Mira dan Emir pada malam ini berlangsung dengan jayanya serta memperoleh keberkatan Ilahi.

Kongsi artikel ini: