Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kehidupan Semakin Bahagia Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Akui Dah Lupakan Suami Orang

Nama pelakon muda ini pernah menghuru-harakan peminat bulan lalu berikutan kisahnya yang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka berstatus suami orang. Dikhabarkan hubungan mereka lebih serius dengan ikatan pertunangan namun akhirnya memilih jalan untuk berpisah kerana tidak mendapat restu isteri pertama.

Alya Iman baru sahaja mula mencipta nama dalam industri lakonan tanah air namun khabar kurang enak pula terpalit. Sejak dari itu, pelbagai tomahan dilemparkan oleh netizen gara-gara tindakannya sanggup jadi “perampas”, tak kena pula dengan imej bertudung.

HUBUNGAN SEMAKIN SERIUS DENGAN DUDA ANAK DUA

Tidak lama kemudian, muncul pula kisah di mana Alya sudah pun berjumpa dengan pengganti hati. Jejaka berkenaan dikenali sebagai Ridhwan Rosli yang merupakan seorang duda anak dua.

Hubungan mereka dilihat semakin serius dan lebih selesa saban hari. Malah menurut pelakon muda berkenaan, dia berharap agar hubungan yang terjalin mampu bertahan hingga ke saat diakad nikahkan.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu.”
“Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak ke mana. Jadi, kita doa yang baik-baik. Kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jinjang pelamin, Insya Allah.” Ujar Alya.

DAH MOVE ON KISAH LALU, ENGGAN FIKIR SOAL KRITIKAN NETIZEN

Disapa mengenai kisah lalu berkaitan dengan kisah panas bersama ahli perniagaan sehingga melonjakkan lagi namanya, Alya menjelaskan yang dia sudah pun melupakan hal tersebut dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Mengenai kritikan peminat, Alya memberitahu yang dia tidak mampu menutup mulut masyarakat. Apa yang boleh dilakukan hanya lah mengambil iktibar dari kisah lampau dan jangan memendam rasa.

“Saya tak mampu kawal keadaan sebegini. Yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.”

“Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu. Bab komen atau kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat.” Tambah Alya lanjut.

Semoga dengan penjelasan Alya Iman ini dapat memuaskan hati semua pihak. Kita doakan sahaja yang terbaik buat pelakon muda ini agar bahagia dengan pilihan hatinya itu.

Kongsi artikel ini: