Menjadi pemimpin sesebuah Negara bukan lah satu tugas yang mudah. Selain memikirkan pembangunan Negara, seseorang pemimpin juga perlu peka dengan masalah semasa yang dihadapi oleh rakyat.

Negara kita, Malaysia sangat bertuah kerana memiliki sistem pentadbiran yang baik sehinggakan banyak Negara yang mula mencemburui. Lihat sahaja hasil pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin semenjak diangkat sebagai Perdana Menteri, segalanya kelihatan tenang dan tiada langsung kisah-kisah kontroversi.

PRINSIP UTAMA KEPIMPINAN ADALAH PRIHATIN KEPADA RAKYAT

Dalam perkembangan semasa, beliau ada berkata bahawa kerajaan telah bersedia dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan dan inisiatif-inisiatif lain. Tumpuan utama adalah untuk membantu rakyat dalam berdepan kekangan ekonomi.

Jelasnya, prinsip utama sejak hari pertama mendapat mandat sebagai Perdana Menteri adalah untuk memberi perhatian dan prihatin kepada masalah rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil berat tentang rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Ini keutamaan saya yang paling penting.”
“Apa yang telah saya lakukan dalam tempoh enam bulan lepas adalah berasaskan prinsip ini. Saya bukan sahaja perlu menjaga kesejahteraan rakyat tetapi juga mata pencarian mereka.” Memetik kenyataan Bernama.

TAK TERGAMAK UNTUK BERITAHU RAKYAT KERAJAAN TIADA DUIT

Bukan sekadar omong kosong, ianya jelas ditunjukkan ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dimana Bantuan Prihatin Nasional, moratorium pinjaman bank, bantuan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana, subsidi upah, diskaun bayaran elektrik dan banyak lagi telah pun dilaksanakan dengan jayanya.

Mengakui bahawa sewaktu PKP dilaksanakan terdahulu, beliau antara yang bertanggungjawab terhadap nasib rakyat kerana hampir kesemua aktiviti ekonomi Negara lumpuh pada ketika itu.

“Dalam keadaan ini, saya tidak boleh membiarkan rakyat merempat dan kelaparan. Saya harus pastikan yang anda semua ada bumbung di atas kepala dan makanan di atas meja.”
“Kerana itu saya minta Menteri Kewangan supaya cari duit. Saya tak sampai hati nak beritahu rakyat yang kerajaan tiada duit ketika mereka berada dalam kesusahan. Menteri Kewangan lapor semula kepada saya, ‘Ya Tan Sri, kita ada duit’, Saya kata, ‘Okey, kita akan gunakan duit itu untuk meringankan beban rakyat’.”

KEDUDUKAN BUKAN FOKUS UTAMA

Tambah Muhyiddin lagi, kedudukan yang dipegang kini bukan lah fokus utama. Baginya adalah bagaimana tanggungjawab dan amanah kepimpinan itu dilaksanakan kepada Negara dan rakyat.

Semoga Negara kita sentiasa dilindungi dan berada di bawah pimpinan yang baik agar kesejahteraan rakyat terbela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here