Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sedikit Sahaja Lagi! Pemuda 23 Tahun Hampir Jadi Mangsa Lelaki Gers*ng

Pernah dengar dengan kisah kaum Nabi Lut? Pengikut baginda pada ketika itu hanya beberapa orang sahaja dan terdiri dari golongan bawahan. Kisah Nabi Lut sangat terkenal berikutan pada zamanya, masyarakat hidup dalam keadaan penuh jahil dan angkuh.

Lelaki berdampingan dengan lelaki dan wanita pula berdampingan sesama jenis. Hal ini menimbulkan kemurkaan Allah sehingga lah ditenggelamkan dengan banjir besar bagi menghapuskan kaum tersebut.

Kisah sebegini harus dijadikan iktibar untuk kita yang hidup dewasa kini agar sejarah lama tidak lagi berulang kembali. Namun siapa sangka, masih ada mereka yang berani mencabar kekuasaan Allah dengan minat pada sesama sejenis.

LELAKI HAMPIR JADI MANGSA LELAKI

Lebih dikenali sebagai geng kunyit, mereka tidak malu berpimpin tangan atau pun berpelukan di tempat awam. Ini menandakan dunia yang kita diami telah pun tenat dengan masalah-masalah sosial.

Kebiasaan golongan wanita terdedah dengan gangguan sksual. Hakikatnya lelaki pun turut mengalami masalah yang sama. Terbaru dilaporkan seorang pemuda berusia 23 tahun hampir menjadi mangsa kepada lelaki grsang.

Difahamkan kejadian berlaku di Batu 4, Gombak pada 29 Ogos lepas. Kisah bermula apabila mangsa didatangi jiran yang memaklumkan ada lelaki tidak dikenali ingin berjumpa. Setelah menghampiri sebuah kereta, suspek menarik mangsa masuk ke dalam kereta secara agresif.

BERJAYA TENDANG ALAT SULIT SUSPEK

Kemudiannya, suspek bertindak membuka seluar serta menunjukkan alat sulitt kepada mangsa. Lalu si mangsa cuba meminta tolong namun tiada siapa yang mendengarnya. Tidak lama selepas itu mangsa mempertahankan diri dengan menendang kmaluan suspek sebelum melarikan diri.

Suspek mula naik angin kerana tidak dapat menunaikan hajatnya lalu mengejar mangsa, menarik rambut serta menghempaskan kepala ke dinding rumah jiran. Walau bagaimanapun, mangsa sekali lagi berjaya meloloskan diri dari dakapan suspek.

POLIS MASIH DALAM SIASATAN

Khuatir kejadian sama berulang, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak dan kejadian tersebut masih dalam siasatan untuk mengesan suspek.

Keseluruhannya, bahaya ada di mana-mana. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan peka dengan sekeliling agar bukan kita jadi mangsa seterusnya.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: