Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Terdahulu kisah keluarga membabitkan pelawak terkenal, Ali Puteh dan juga kakak iparnya, Nur Hidayah hangat di media sosial. Pelbagai pandangan dilontarkan oleh netizen berkaitan isu berbalas saman antara kedua mereka.
Ini berikutan pembahagian harta peninggalan arwah Abam Bocey di mana Hidayah merasakan keluarga mertua menindas diri dan tidak peka bahawa dia mempunyai tanggungan zuriat bersama arwah sebelum ini.
Enggan menimbulkan salah faham, Ali tampil menjelaskan tindakan saman balas yang dibuat adalah demi membersihkan nama keluarga. Sehingga hari ini, ibunya bertalu-talu menerima tomahan daripada orang ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar.
Tidak dinafikan sehingga hari ini Ali masih lagi menerima pelbagai kata nista daripada netizen. Namun dalam ramai yang mengecam, ramai juga yang menghantar mesej memohon maaf kepadanya.
Menurut Ali, mereka yang memberi komen kebanyakannya tidak faham berkaitan hukum faraid. Mereka menyifatkan Ali cuba merampas harta yang sepatutnya menjadi milik Hidayah.
Walhal jelas Ali dia sudah pun mempunyai kerjayanya sendiri dan tidak mahu langsung mengambil satu sen harta arwah seperti mana umum fikirkan.
Tambah Ali, dia perlu lakukan sesuatu memandangkan dia adalah anak dan bapa saudara kepada anak arwah. Hamzah adalah satu-satunya waris peninggalan Abam Bocey kepada keluarganya.
Sebelum ini Ali ada memaklumkan yang dia cuba menghubungi Hidayah namun gagal kerana nombor telefon sudah pun di ’block’. Justeru mereka gagal untuk berbincang.